Surau UMRI
Serambi Makkah Selatan Tanahair Sejak 1927
Ahad, 19 Februari 2012
Ahad, 9 Oktober 2011
MUALLIM ULAMA TERSOHOR
DI KALANGAN ulama Melaka, tidak ramai yang menjadi tuan guru pondok seperti mana di Kelantan atau Kedah. Hanya beberapa kerat sahaja ulama pondok di negeri Hang Tuah ini yang membuka pondok antaranya ialah Tuan Guru Ahmad Kasim, Tuan Guru Mohd Zain Abdul Rahman, Mufti Jalil Hassan dan Tuan Guru Abdul Wahid Sungai Udang.Di kalangan ulama selepas merdeka, hanya Haji Wahid Sungai Udang atau Muallim Haji Wahid sahaja yang terkenal terutama kerana Madrasah an-Nuriah yang diasaskannya adalah institusi pendidikan Islam terpenting di Melaka sehingga hari ini.
Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahid bin Othman bin Ningkal dan berketurunan Kerinci, Sumatera. Datuknya berhijrah dari Kerinci ke Melaka pada akhir abad ke-19. Ibunya bernama Siti binti Haji Yusof. Beliau dilahirkan di Kampung Paya Rumput, Rumbia, Melaka pada 1910.Beliau mula dihantar belajar di Sekolah Melayu Tangga Batu sehinga lulus Darjah Lima. Ketika berusia 14 tahun, beliau belajar agama di Palembang, Sumatera di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Sultan. Setahun kemudian, beliau kembali ke Melaka dan memasuki Pondok Paya Rumput dan berguru dengan Tuan Guru Haji Mohd Zain Abdul Rahman.Selepas itu beliau memasuki Pondok Khairiyah, Batu Tujuh, Air Molek di bawah Tuan Guru Haji Abdul Majid. Dua tahun kemudian beliau berguru pula dengan bapa saudaranya, Tuan Guru Haji Ahmad Kassim sehingga 1931. Setelah itu, beliau mula berkelana ke Kelantan dan sempat berguru dengan ulama-ulama yang terkenal seperti Tok Kenali, Tuan Guru Ahmad Manan Tok Hakim, Mufti Haji Wan Musa Tuan Tabal, Tuan Guru Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Mufti Haji Ahmad Maher, Tuan Guru Haji Omar Nuruddin Sungai Keladi, Mufti Haji Mohd Noor Ibrahim, Tuan Guru Haji Said Kangkung dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payung.Pengembaraan ilmu di beberapa pondok di Kelantan berakhir pada 1940. Antara rakan-rakan seperguruan beliau di Kelantan ialah Tuan Guru Haji Yahya Junid (bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS), Tuan Guru Haji Hussein Rahimi (bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), Tuan Guru Haji Ghazali Pulau Chondong (bekas Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan), Tuan Guru Haji Othman Yunus (bekas Pesuruhjaya PAS Kedah), Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayahanda Mursyidul Am PAS) dan Tuan Guru Haji Awang Muhammad Rusila (ayahanda Presiden PAS).
Ketika berada di Pondok Bunut Payung, keilmuan beliau sudah diakui sehingga dilantik menjadi guru pembantu bersama Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dan Tuan Guru Haji Hussein Rahimi.
Selepas menamatkan pengajian pada 1940, beliau kembali berkhidmat di Melaka. Pada 8 Rejab 1358 (12 Ogos 1940), Muallim Haji Wahid telah mendirikan pondoknya sendiri iaitu Madrasah an-Nuriah ad-Diniah di Paya Rumput, Melaka.
Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.
Muallim Haji Wahid mengajarkan ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada 1971, sistem pengajian akademik diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang dan mendapat bantuan Majlis Agama Islam Melaka.
Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Beliau mengamalkan wirid Tariqat Ahmadiyah yang diterima dari gurunya, Mufti Haji Wan Musa di Kelantan.
Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.
Beliau juga suka mengembara dan telah melawat beberapa negeri seperti Arab Saudi, Indonesia, Mesir, Turki, Iraq, Kuwait dan India. Dalam kesibukan berdakwah, beliau sempat menghasilkan beberapa buah tulisan seperti Kitab al-Islam, Risalah Ilmu Falak dan risalah-risalah kecil yang melebihi 10 judul.
Selain mejadi seorang tok guru di pondoknya, Muallim Haji Wahid juga tidak ketinggalan dalam menggerakkan usaha dakwah dan politik. Pada peringkat awal, Muallim Haji Wahid menyertai Umno kerana menentang Malaya Union dan aktif dalam Bahagian Agama Umno Melaka sejak 1946.
Beliau kemudian menyertai All-Malayan Islamic Missionary atau Jamiyah Dakwatul Islamiyah Malaya cawangan Melaka dan menjadi salah seorang jawatankuasanya. Muallim Haji Wahid pernah mewakili jamiyah ini ke Persidangan Alim Ulama Se-Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950. Persidangan itu merupakan tapak kepada penubuhan PAS pada 23 Ogos 1951.
Menyedari kewajipan berjuang untuk menegakkan agama Allah, Muallim Haji Wahid telah menyertai PAS pada 1956 dan merupakan antara pengasas PAS Melaka. Walaupun tidak pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Melaka, tetapi beliau diberikan peranan besar dalam Dewan Ulama PAS Melaka sesuai dengan keilmuan beliau. Muallim Haji Wahid turut memberikan sumbangan kepada Dewan Ulama PAS Pusat sebelum dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Melaka sejak tahun 1960-an hingga 1987. Boleh dikatakan beliaulah tulang belakang kepada Dewan Ulama PAS Melaka dan Madrasah an-Nuriah pula menjadi pusat kegiatan PAS yang penting ketika itu.
Ketika PAS mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Melaka pada 1962, Muallim Haji Wahid merupakan tenaga utama dalam menjayakan muktamar ini.
Setelah lebih 40 tahun menjadi khadam kepada perjuangan agama dan pendidikan anak bangsanya, ulama yang berkebolehan dalam ilmu falak ini telah pulang ke rahmatullah pada 3 Oktober 1991 bersamaan 14 Rabiul Awwal 1411 dalam usia 81 tahun. Beliau dikebumikan di Solok Duku, Masjid Tanah.
Allahyarham telah meninggalkan waris perjuangan iaitu anaknya, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, bekas Pesuruhjaya PAS Melaka merangkap bekas Ketua Dewan Ulama PAS Melaka serta anak saudaranya, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulama PAS Melaka kini.
Antara murid beliau yang terkenal ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang kini menjadi Pesuruhjaya PAS Melaka dan Tuan Guru Haji Yaakub Solok Duku.
KENALI MUFTI MELAKA PERTAMA
Nama lengkap ulama besar yang berasal dari Melaka ini ialah Khalil bin Husin bin Wahid. Bondanya bernama Halimah yang digelar orang sebagai Che Tom binti Haji Sulaiman. Tuan Guru Haji Khalil dilahirkan di Kampung Hulu, Bandar Melaka pada tahun 1885.
Dalam usia yang masih kecil iaitu ketika berumur 4 tahun, beliau telah berangkat ke Mekah. Di Tanah Suci, beliau telah didedahkan dengan pengajian halaqah di Masjidil Haram. Pada masa itu. ramai tokoh ulama yang berasal dari Alam Melayu membuka halaqah pengajian di situ. Antaranya ialah seperti Syeikh Abdullah Fahim, Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga, Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu), Syeikh Muhammad Nur al-Fathani (tokoh falak) dan Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor.
Salah seorang guru utama Tuan Guru Haji Khalil ialah Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi. Diriwayatkan beliau telah menadah kitab kepada ulama besar Alam Melayu ini selama 12 tahun. Beliau tinggal di Mekah lebih kurang 22 tahun.
Untuk menyara kehidupan ketika berada di Mekah, beliau pernah mengambil upah mengangkat air. Pada tahun 1911, beliau kembali semula ke tanahair. Beliau berkahwin dengan Che Zainab binti Bilal Jazan dan dikurniakan beberapa orang anak.
Menyedari akan keahliannya dalam bidang agama, maka kerajaan Melaka pada ketika itu yang diperintah oleh Gabenor Melaka telah melantik Tuan Guru Haji Khalil menjadi Kadi pada 19 Februari 1918. Usianya pada ketika itu ialah 33 tahun.
Beliau bagaimanapun melepaskan jawatan kadi setahun kemudian iaitu pada 14 November 1919. Empat tahun selepas itu, beliau dilantik menjadi Imam Masjid Kampung Hulu. Tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1926, Tuan Guru Haji Khalil dilantik menjadi Mufti Negeri Melaka.
Diriwayatkan beliaulah yang telah mengasaskan Sekolah Agama Masjid Kampung Hulu yang kemudiannya diberi nama Madrasah Al-Aliyah. Pengalaman dan pengetahuan beliau sangat ditagih oleh masyarakat sama ada dalam bidang agama mahupun dalam urusan kemasyarakatan. Sebagai contoh, beliau telah membantu menyelesaikan masalah pembinaan Masjid Kampung Tehel, Jasin pada tahun 1925.
Setelah Majlis Agama Islam Melaka ditubuhkan, Tuan Guru Haji Khalil dilantik menjadi mufti negeri Melaka secara rasmi pada pada bulan April 1960. Pada ketika itu usianya sudah mencecah 75 tahun. Dua bulan selepas itu, Tuan Guru Haji Khalil berpulang ke rahmatullah.
Tuan Guru Haji Khalil sebagai tokoh ulama yang begitu terkenal di seluruh negeri Melaka. Beliau dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak, luas ilmunya dan tegas mengenai hukum-hukum agama.
Sepanjang hayatnya, beliau dihormati oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah pemerintah British pada ketika itu. Atas jasanya yang begitu besar maka namanya telah diabadikan pada sebatang jalan di Bandaraya Melaka dengan nama Jalan Mufti Haji Khalil. Di jalan tersebut terdapat bangunan utama kerajaan seperti hospital Melaka.
Syeikh Abdul Lathif Tambi Tokoh Ulama Melaka
Salah seorang ulama besar Melaka yang pernah menjadi kader Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tokoh ulama Melayu di Makkah ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi. Syeikh Abdul Latif bukan sahaja mengikuti jejak langkah gurunya itu dalam bidang penulisan tetapi juga turut aktif dalam bidang percetakan dan penerbitan kitab-kitab. Tokoh ulama yang berasa dari Melaka ini dilahirkan di Kampung Teluk Mas, Melaka pada tahun 1872 Masehi bersamaan dengan 1288 Hijriyyah.
Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Lathif bin Haji Muhammad Nuruddin (Haji Tambi) bin Muhammad Shalih al-Malakawi at-Tankirawi. Gelarannya ialah Bahauddin. Gelaran ini diberikan oleh seorang ulama besar Melaka yang hidup sezaman dengan beliau iaitu Syeikh Ahmad bin Abdur Rauf.
Asal-usul nenek moyangnya dikatakan berasal dari India. Walaupun dilahirkan di Melaka, usia kecilnya banyak dihabiskan di Singapura. Keluarganya sangat memberi perhatian kepada pendidikan agama. Lantaran itu, ketika beliau berusia 8 tahun, beliau sudah dihantar oleh ayahandanya ke Makkah untuk menimba ilmu di sana. Beliau menadah kitab kepada ulama-ulama besar di Makkah selama 20 tahun.
Di antara ulama-ulama dunia Melayu yang menjadi guru-gurunya di Makkah ialah seperti Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Shabir Mandailing dan Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau.
Diriwayatkan bahawa beliau turut terlibat membantu gerakan Jam’iyatul Fathaniyah yang dicetuskan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fatthani yang kemudiannya mendapat tempat di Makkah, Mesir, dan Turki. Beliau turun semula ke Alam Melayu pada tahun 1900. Di Singapura, beliau mula mengajar ilmu agama di ruang kecil di kedai kain milik ayahnya dan juga di kediamannya. Dikatakan bahawa selain mengajar, beliau turut mengusahakan perniagaan kain seperti ayahandanya.
Dalam kesibukannya mengajar dan berniaga, beliau tidak lupa untuk turun berdakwah. Beliau dikatakan pernah turun berdakwah hingga ke Pulau Pinang, Medan, Surabaya dan Bandung. Menyedari bahawa percetakan kitab sangat penting pada waktu itu untuk tujuan penyebaran ilmu maka beliau telah menubuhkan dua syarikat percetakan iaitu satu di Singapura dan satu lagi di Melaka.
Syarikat percetakan di Singapura dikenali dengan nama Lathifiyah Press, 768 yang terletak di North Bird Road, Singapura manakala syarikat percetakan di Melaka dikenali dengan nama Mathba'ah Al-Lathifiyah Al-Malakawiyah yang beroperasi di Terengkera, Melaka. Beliau turut menjalinkan hubungan perniagaan dengan ramai peniaga di Singapura, Melaka, Pulau Pinang, Medan, Tanjung Pinang (Kepulauan Riau), Surabaya dan Bandung.
Diriwayatkan bahawa beliau gemar memakai tarbus dan merupakan seorang yang sangat dermawan. Kupasan yang menarik dan berkesan menyebabkan kuliah pengajarannnya sentiasa sahaja penuh dengan para penuntut ilmu. Ramai anak muridnya menjadi tokoh masyarakat antaranya seperti Ustaz Hasyim Yunus yang pernah menjadi pengarang Warta Malaya, Haji Junaid bin Imam Haji Ibrahim, Ustaz Muhammad bin Muhammad Sa'id dan ramai lagi.
Syeikh Abdul Lathif Tambi termasuk dalam kelompok ulama Kaum Tua yang berpegang teguh mengikut Mazhab Syafi’i dan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Perkara ini telah diyatakan olehnya di muka hadapan kitab yang dikarangnya sendiri iaitu Hidayatur Rahman seperti berikut,
“Dinamakan dia Hidayatur Rahman pada menyatakan segala arkanul iman karangan al-Imam al-Fadhil al-Haj Abdul Lathif bin al-Haj Tambi negeri Melaka kejadiannya, Kampung Tengkera kediamannya, Syafi’i mazhabnya, Asy’ari aqidahnya. Dihapuskan kiranya oleh Allah Ta’ala segala kesalahannya dengan kemegahan Nabi Muhammad saw”.

1. Syair Bandung – Kitab syair ini diriwayatkan telah dikeluarkan oleh al-Ikhwan Press pada tahun 1917.
2. Hidayatur Rahman – Kitab ini diselesaikan penulisannya pada hari Isnin, 15 Jamadilawal 1318 H/1900 M. Kandungannya membicarakan tentang akidah menurut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kitab ini dicetak buat kali ketiga oleh syarikat miliknya sendiri iaitu Mathba'ah al-Lathifiyah al-Malakawiyah, Melaka pada akhir Syawal 1348 H.
3. Tazkiratus Sunnatil Basyar bi Ahkami Itsna `Asyar (Rangkapan) – Kitab ini diselesaikan penulisannya pada malam Sabtu, 13 Rabiulakhir 1343 H/1924 M. Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba`ah Al-Ahmadiah yang beroperasi di 50 Minto Road, Singapura, 25 Jamadilakhir 1344 H.
Kandungan membicarakan beberapa masalah dan berbagai-bagai disiplin ilmu Islam terutama sekali beberapa pertikaian pendapat atau khilafiyah dalam Islam. Pada setiap perbahasan di beberapa tempat disebut kitab-kitab rujukan dalam bahasa Arab dan demikian juga kitab-kitab Melayu/Jawi lengkap dengan tahun cetakan dan halaman permasalahan yang dipetik.
Antara kitab yang dirujuk ialah Bidayatul Hidayah (dikarang oleh Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Acheh cetakan tahun 1333 H) dan Ad-Durruts Tsamin (dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani cetakan tahun 1338 H) mengenai perbahasan akidah; Mathla'ul Badrain (dikarang oleh Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani) dan Furu`ul Masail jilid kedua (dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani cetakan tahun 1307 H) mengenai perbahasan fikah; dan Sairus Salikin jilid ketiga (dikarang oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani cetakan tahun 1309 Hijrah) dan Hidayatus Salikin (dikarang oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani cetakan tahun 1340 Hijrah) mengenai perbahasan tasawuf.
4. Risalah Buat Sementara Yang Sebenarnya Kelak Ketara – Kitab ini diselesaikan penulisannya pada hari Jumaat, 23 Jamadilawal 1354 H/26 Ogos 1935 M). Ia dicetak oleh Lathifiyah Press, Singapura, tanpa tarikh. Kandungannya membicarakan perkara khilafiyah dan merupakan lanjutan atau memperkukuh sebuah karya yang ditulis oleh al-Alim al-'Allamah Syeikh Abdul Muhaimin bin Abdul Aziz al-Lasami (Lasem).
5. Dalailul Khairat – Menurut Almarhum Tuan Guru Haji Wan Mohd Saghir Abdullah, kandungannya belum diketahui namun judulnya diperolehi melalui iklan Al-Ahmadiah Press pada halaman belakang risalah Ibu Di Dalam Rumahnya yang dikarang oleh Raja Haji Umar bin Raja Haji Hasan Riau, cetakan tahun 1926 M.
6. Qiblah Dalail al-Hairan fi Jawazi Hadmi Masjid as-Sulthan - Judul ini diketahui melalui karya beliau berjudul Tazkiratus Sunnatil Basyar bi Ahkami Itsna `Asyar (Rangkapan). Judul ini ditulis barangkali ada kaitan dengan peristiwa perombakan Masjid Sultan Singapura seperti yang diungkapkan dalam majalah Qalam pada ketika itu.
Ulama yang hartawan lagi dermawan ini menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat pukul 2.30 tengah malam, 17 Rejab 1358 H/1 September 1939 M dalam usia 67 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Tengkera, Melaka.
Rujukan utama
1. Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih, dermawan. Ruangan Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 1 Mac 2004
2. Md. Sidin Ahmad Ishak. 1998. Penerbitan dan Percetakan Buku Melayu 1807-1960. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
SURAU UMRI HILANG PERMATA BERHARGA
PAS Melaka kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak berjasa khususnya kepada PAS Kawasan Jasin apabila Hj Said Omar atau lebih dikenali sebagai Pak Sheikh, 72 tahun pulang ke rahmatullah pukul 5.00 petang ini di Hospital Besar Melaka akibat penyakit kencing manis.
Allahyarham merupakan bekas calon PAS Dun Serkam pada Pilihanraya Umum 1995 di mana beliau tewas kepada Ahli Parlimen Jasin sekarang Dato Ahmad Hamzah dengan majoriti 4,117 undi. Allahyarham memperolehi 2427 undi manakala Dato Ahmad Hamzah mendapat 6594 undi.
Ketokohan Allahyarham memang disegani oleh kawan dan lawan di mana beliau pernah diamanah dengan pelbagai jawatan antaranya Yang Dipertua PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Jasin serta lain-lain jawatan di peringkat cawangan. Sehingga ke akhir hayatnya terus istiqamah menjadi Penasihat kepada PAS Cawangan Serkam.
Allahyarham cukup dikenali di kawasan Serkam kerana menjadi Guru Agama di Surau Umri Serkam (gambar) selain menjadi Pengerusi surau yang sama. Sejak dari muda beliau menghidupkan kelas pengajian agama di surau tersebut yang amat terkenal di Melaka. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada jam 9 malam ini di Kampung Serkam Pantai Jasin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al Fatihah
Khamis, 8 September 2011
PUASA SUNAT 6 HARI BULAN SYAWAL
Dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ ÙƒَصِÙŠَامِ الدَّÙ‡ْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa (di bulan) Ramadhan, kemudian dia mengikutkannya dengan (puasa sunnah) enam hari di bulan Syawwal, maka (dia akan mendapatkan pahala) seperti puasa setahun penuh.”[1]
Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan puasa sunnah enam hari di bulan Syawwal, yang ini termasuk karunia agung dari Allah kepada hamba-hamba-Nya, dengan kemudahan mendapatkan pahala puasa setahun penuh tanpa adanya kesulitan yang berarti[2].
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini:
Pahala perbuatan baik akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali, karena puasa Ramadhan ditambah puasa enam hari di bulan Syawwal menjadi tiga puluh enam hari, pahalanya dilipatgandakan sepuluh kali menjadi tiga ratus enam puluh hari, yaitu sama dengan satu tahun penuh (tahun Hijriyah)[3].
Keutamaan ini adalah bagi orang yang telah menyempurnakan puasa Ramadhan sebulan penuh dan telah mengqadha/membayar (utang puasa Ramadhan) jika ada, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas: “Barangsiapa yang (telah) berpuasa (di bulan) Ramadhan…”, maka bagi yang mempunyai utang puasa Ramadhan diharuskan menunaikan/membayar utang puasanya dulu, kemudian baru berpuasa Syawwal[4].
Meskipun demikian, barangsiapa yang berpuasa Syawwal sebelum membayar utang puasa Ramadhan, maka puasanya sah, tinggal kewajibannya membayar utang puasa Ramadhan[5].
Lebih utama jika puasa enam hari ini dilakukan berturut-turut, karena termasuk bersegera dalam kebaikan, meskipun dibolehkan tidak berturut-turut.[6]
Lebih utama jika puasa ini dilakukan segera setelah hari raya Idhul Fithri, karena termasuk bersegera dalam kebaikan, menunjukkan kecintaan kepada ibadah puasa serta tidak bosan mengerjakannya, dan supaya nantinya tidak timbul halangan untuk mengerjakannya jika ditunda[7].
Melakukan puasa Syawwal menunjukkan kecintaan seorang muslim kepada ibadah puasa dan bahwa ibadah ini tidak memberatkan dan membosankan, dan ini merupakan pertanda kesempurnaan imannya[8].
Ibadah-ibadah sunnah merupakan penyempurna kekurangan ibadah-ibadah yang wajib, sebagaimana ditunjukkan dalam hadits-hadits yang shahih[9].
Tanda diterimanya suatu amal ibadah oleh Allah, adalah dengan giat melakukan amal ibadah lain setelahnya[10].
Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, MA.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Ramadhan Bulan Pengabdian kepada Allah
Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan keberkahan. Allah telah mewajibkan kalian (puasa) di dalamnya. Di bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Di bulan itu pula terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. [HR an-Nasa’i dan al-Baihaqi].
Ramadhan Mubarak! Rasulullah SAW dan generasi para sahabat sangat bersemangat menyambut datangnya bulan yang penuh berkah ini. Mereka bersungguh-sungguh mempersiapkan diri agar dapat menjalani dan melakukan pelbagai amalan dengan penuh keimanan, keikhlasan, semangat dan tidak merasakannya sebagai beban. Seorang muslimah yang bijak sudah tentu terdorong untuk mencontohi Rasulullah SAW dengan melakukan persiapan-persiapan terbaik dengan bekalan iman, ilmu dan amal soleh demi menyambut kedatangan Ramadhan nan mulia ini. Sewajarnya setiap dari kita menanam kesungguhan yang tinggi dan berlumba-lumba mengisi hari-hari Ramadhan dalam rangka untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Antara yang perlu dipersiapkan dapat diringkaskan seperti berikut:
Persiapan Nafsiyah
Persiapan yang dimaksudkan adalah mempersiapkan ruhiyah serta membangkitkan suasana keimanan dalam diri kita. Semestinya kita semua berharap dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh kesedaran melaksanakan perintah Allah (Idrak sillah billah); penuh dengan kesungguhan untuk menggapai keredhaan serta berharap mendapatkan keampunanNya.
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang berpuasa Ramadhan dengan dilandasi iman dan bersungguh-sungguh mencari redha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”. [HR. al-Bukhari, an-Nasai, Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Hibban].
Keberhasilan amal sepanjang Ramadhan itu memang bergantung pada landasan iman dan niat semata-mata untuk mencari redha Allah. Allah sendiri menyerukan kewajiban berpuasa itu kepada orang-orang yang beriman seperti mana firmanNya: “Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. [TMQ. al-Baqarah (2): 183]. Ertinya, hanya mereka yang menjalani puasa dengan landasan iman serta melaksanakan amal-amal di dalamnya dengan suasana keimanan sahajalah yang akan berhasil meraih gelaran sebagai insan yang bertaqwa.
Persiapan Tsaqafiyah
Walaupun saban tahun kita menjalani ibadah puasa, kita perlu berusaha untuk sentiasa mengkaji hukum-hukum, ketentuan puasa serta semua amal ibadah yang berkaitan. Pemahaman fiqh puasa adalah penting agar seseorang muslimah itu dapat memahami serta menilai samada perbuatannya dapat meningkatkan nilai dan kualiti puasanya atau malah merosakkan ibadah puasanya. Melalui pengkajian fiqh yang mendalam diharap dapat menciptakan kesedaran baru atau memperbaharui kesedaran kita untuk menjalani ibadah puasa. Dengan begitu, puasa Ramadhan dan seluruh amal yang ada di dalamnya tidak akan dijalani sekadar ibadah yang dilakukan secara rutin sepanjang tahun atau sekadar menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, karena hakikat puasa adalah penghambaan dan pengorbanan untuk Allah SWT. Malah dengan bekal ilmu itu kita akan lebih berhati-hati menjalani ibadah puasa dan semua amalan lainnya serta senantiasa merasa berhubungan dengan Allah SWT tatkala melaksanakannya.
Ketahuilah muslimah, jambatan menuju kebenaran adalah ilmu, dan siapa yang menempuh perjalanan hidupnya dalam rangka menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah akan (memudahkan) dengannya jalan dari jalan-jalan ke syurga”
Namun apa yang penting untuk difahami adalah, intipati dari amalan-amalan sepanjang Ramadhan itu adalah taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Ramai di kalangan Muslimah khususnya dan kaum Muslim umumnya yang memahami taqarrub itu hanya terkait dengan amal ibadah ritual sahaja atau hanya terkait dengan ibadah-ibadah sunnah sahaja. Hakikatnya bertaqarrub kepada Allah adalah dengan melaksanakan semua amalan yang difardhukan oleh Allah dan menambahnya dengan sentiasa berusaha melaksanakan amalan-amalan sunnah. Tentu kita tidak boleh keliru dengan lebih mengutamakan amal-amal sunnah dan menilainya sebagai taqarrub yang mesti diutamakan lantas mengabaikan amal-amal yang wajib. Dakwah menyeru kepada al-khair (Islam), menyeru manusia ke arah perkara yang makruf dan mencegah manusia dari kemungkaran merupakan antara kefardhuan yang mesti diusahakan oleh setiap Muslimah dalam rangka untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Dalam sebuah Hadis Qudsi dari Nabi SAW.Bahawa Allah SWT berfirman: “Tiadalah seorang hamba bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang Aku fardhukan atasnya. Tiadalah hambaKu terus-menerus bertaqarrub kepadaKu dengan amal-amal sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang dia gunakan untuk memegang dengan kuat, dan menjadi kakinya yang dia gunakan untuk melangkah. Jika ia meminta kepadaKu, niscaya dia Aku beri, jika ia meminta perlindunganKu, niscaya dia Aku lindungi…” [HR al-Bukhari].
Jelas sekali, aktivitas taqarrub yang paling dicintai oleh Allah adalah semua aktiviti yang difardhukan kepada kita, yang tentunya tidak terbatas kepada aktiviti ibadah saja. Pemahaman dan kesedaran yang benar sebeginilah yang sepatutnya ada di sepanjang Ramadhan dan perlu terus menerus dihidupkan sesudah Ramadhan sebagai bukti ketundukan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Muslimah seharusnya menjadi individu-individu yang taat kepada Allah SWT secara kaffah; tidak hanya di bulan Ramadhan dan tidak sebatas taat dalam urusan individu semata-mata. Lebih tepat lagi rasa taqwa itu seharusnya diperlihatkan di luar bulan Ramadhan malah sepanjang tahun dan di dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Sayangnya realiti yang berlaku adalah sebaliknya.
Sesudah Ramadhan, ada dikalangan muslimah yang sebelumnya berusaha bersungguh-sungguh bertaqarrub ilallah untuk meraih darjah taqwa dengan ibadah puasa dan seluruh amal soleh yang mereka lakukan; telah kembali jauh dari Allah SWT dengan kembali melakukan kemaksiatan kepadaNya. Surau dan masjid yang selama sebulan dikunjungi muslimah untuk menghadiri majlis ilmu, usrah, tadarrus Al-Quran serta solat berjemaah kembali sepi. Begitu juga fenomena muslimah yang mempamerkan kembali auratnya setelah sebulan menutupnya. Pihak media juga tidak ketinggalan dalam rangka mengaut keuntungan berlumba-lumba menyiarkan program-program hiburan yang berunsur pornografi dan aksi melampau sedangkan sepanjang Ramadhan begitu selektif memilih rancangan yang berunsur keagamaan sahaja untuk disiarkan.
Fenomena ‘muslim Ramadhan’ sebegini sepatutnya tiada dalam diri setiap dari kita kerana bagi kelompok seperti ini, ibadah puasa mereka tidak membawa erti apa-apa. Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabda baginda:
"Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apapun selain rasa laparnya saja." [HR Ahmad].
Lebih menyedihkan, setelah berlalunya Ramadhan ideologi sekularisme (mengabai dan memisahkan agama dari kehidupan) masih tetap mewarnai kehidupan kaum muslimin. Masih ramai di kalangan kaum muslimin, khususnya para pemimpin yang masih tidak berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT di dalam segala aspek kehidupan melalui institusi negara. Rata-rata di kalangan mereka masih tenggelam di dalam kesesatan dan tetap tegar mempertahankan undang-undang kufur sebagai undang-undang negara yang mesti ditaati oleh rakyatnya.
Sedikitpun tiada kekesalan di hati para pemimpin ini yang akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah di akhirat kelak akan urusan kepimpinan mereka yang berhukum dengan hukum yang diharamkan Allah. Padahal Abu Abdillah Jabir bin Abdillah al-Anshari ra telah menuturkan riwayat sebagai berikut:
"Seseorang pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Bagaimana pendapat engkau jika saya telah menunaikan shalat-shalat wajib, melakukan shaum Ramadhan, menghalalkan yang halal dan meninggalkan yang haram, sementara saya tidak menambah selain itu; apakah saya masuk syurga?” Rasul SAW menjawab, “Benar.” [HR Muslim].
Berdasarkan hadis ini, meninggalkan keharaman adalah syarat untuk memasuki syurga. Dan di antara keharaman yang wajib ditinggalkan tentulah berhukum dengan hukum-hukum kufur. Apatah lagi Allah SWT secara tegas telah menyatakan bahawa sesiapa saja yang berhukum dengan selain hukum Allah SWT akan jatuh kepada status kafir, zalim ataupun fasiq. [TMQ Al-Maidah (5): 44, 45, 47]
Muslimah sekalian, marilah kita segera melaksanakan perintahNya dengan bersungguh-sungguh, berusaha sekuat jiwa, tenaga, masa dan harta untuk mengembalikan kemuliaan Islam. Sesungguhnya kemuliaan Islam itu hanya akan terwujud dengan ditegakkan semula seluruh hukum-hukum Allah SWT melalui institusi negara, agar kita tidak tergolong dalam golongan kafir, zalim atau fasiq.
Dengan adanya institusi negara, seluruh hukum-hukum Islam mencakupi aspek ekonomi, politik, sosial, pemerintahan, pendidikan, peradilan, keamanan dan hubungan luar negeri dapat ditegakkan. Maka hendaklah seluruh kaum muslim umumnya dan muslimah khususnya, berusaha menjadikan Ramadhan kali ini sebagai momentum untuk segera menguburkan sekularisme dan kemudian menggantikannya dengan penerapan syariah Islam secara kaffah (menyeluruh) di dalam seluruh aspek kehidupan melalui institusi negara, iaitu Daulah Khilafah Ar-Rasyidah ala minhaj an-nubuwwah. Itulah makna keimanan sejati dan ketaqwaan hakiki. Itulah pula yang menunjukkan bahawa kita benar-benar berjaya menjalani puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Ahad, 12 Disember 2010
Ceramah Ustaz Mohd Farhan Bin Abdullah Al-Hafiz
Ketuanan Iman vs Ketuanan Bangsa
Ust. Pahrol Mohd Juoi
'KETUANAN' IMAN
Dilema perjuangan Melayu atau Islam...
Satu prajudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Merangkai minda disulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
Tanpa emosi berapi-api!
Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?
Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar untuk bersatu?
Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?
Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Keduanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?
Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
satu ke Timur satu ke Barat
Tak mungkin tersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau itu hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?
Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan nasib bangsa
Dari jurus misi agama!
Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Tuhan
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan – lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Bila kukuh 'habluminallah' yang vertikal
akan teguhlah 'habluminannas' yang horizontal
Itulah silahturrahim – 'hubungan' intim atas nama Ar Rahim
Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat – peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus – terpulang
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum dari Al-Quran
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara otomatik terbentuklah perpaduan
Inilah maksud firman Allah:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah-belah."
Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itu adalah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabie
Jika bangsa terjajah, jiwa tersiksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
Jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat
Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
... selagi Melayu menguasai pemerintahan
... selagi "Hak istimewa Melayu' maktub dalam perlembagaan
Selagi itu keduanya dikekalkan
Begitulah yang dipegang sebagai rujukan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?
Jika hanya berpegangkan semangat bangsa tanpa roh agama
Melayu tidak kukuh iman tak layak menjadi tuan
Bumi ini diwariskan hanya untuk hamba yang beriman
Begitu yang termaktub dalam Al-Quran
Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin..
Itu tanggung jawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabillah
Lalu... satukanlah fitrah dengan hidayah!
Hanya hamba yang beriman layak menjadi tuan
Jadi pemimpin dengan penuh kerendahan
Memikul amanah penuh keikhlasan
Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu – dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
Dalam barisan perjuangan bangsa
Dan saf perjuangan agama!
Hakikatnya dia bukan pejuang bangsa
Dan dia pun bukan mujahid agama...
Hanya pejuang kepentingan diri dengan jubah agama
Hanya pejuang nafsu dengan baju Melayunya!
Ahad, 7 November 2010
Pak Sheikh Masuk Hospital
Assalamualaikum .. Salam Hormat
Dikhabarkan oleh seorang rakan, Tuan Haji Said bin Omar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sheikh telah dimasukkan ke hospital Melaka pada minggu lepas. Beliau yang merupakan salah seorang dari 'anchor' UMRI dimasukkan ke Wad kerana khuatir akan kesihatan diri yang tidak menentu. Bagi sesiapa yang ingin menziarahi beliau boleh lah melawat di Wad Lelaki Aras 3 bilik 2 Katil 2 Hospital Melaka.
Kami mewakili seluruh komuniti Umri senantiasa mendoakan kesihatan Pak Sheikh. Semoga Cepat sembuh.
SALAM SELAMAT JALAN
Assalamualaikum .. Salam Hormat
Ahli Jawatankuasa Surau Umri Serkam Tengah dengan ini mengucapkan selamat berangkat ketanah suci Makkah Al Mukarramah kepada seluruh bakal-bakal haji dan hajjah. Semoga dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan pulang dengan selamat serta memperoleh Haji yang mabrur
Selasa, 19 Oktober 2010
Warisan Merdeka : Mercu Tanda Baru Kuala Lumpur
Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.
Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.
- Bernama
Selasa, 10 Ogos 2010
MAJLIS BACAAN SURAH YASIN DAN TAHLIL ARWAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Pada hari Ahad 8hb Ogos 2010 yang lalu telah berlangsungnya majlis tahlil arwah sempena menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak 1431H yang diadakan di Surau Umri Kg Serkam Pantai.Majlis ini adalah merupakan majlis tahunan yang dianjurkan oleh Surau Umri . Ia lazimnya di adakan beberapa hari sebelum sampainya Ramadhan.
Majlis dimulakan selepas solat fardzu Zuhor dengan bacaan rawi yang diketuai oleh Tuan imam Sdra Saleh Mohammad dan diikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pengerusi Surau Tuan Hj Mohd Said Omar atau lebih dikenali oleh orang kampung sebagai ‘Pak Sheikh’ .Sebanyak hampir 300 nama2 arwah yang kebanyakkannya sanak saudara dari warga kampung Serkam yang telah di kembali ke rahmatullah sejak beberapa tahun yang lalu telah di bacakan dan semua waris dan ahli ahli jemaah yang memohon mendoakan keatas roh sanak saudara mereka itu diberi keampunan dari Allah s.w.t. InsyaAllah. Justeru itu marilah sama kita menyedekahkan bacaan Al-Fatehah keatas arwah berkenaan. Al-Fatehah,
Majlis di akhiri dengan jamuan tengah hari. Makanan telah disediakan dan dimasak oleh jurumasak kita yang terkenal dikampung kita iaitu Sdra Hj Yusof (Nyah) Kasim dan Sdra Hj Md.Dan Hj Wahab.Majlis berakhir pada jam 3.45 petang.
Selasa, 8 Jun 2010
HENTI KEANGKUHAN YAHUDI
Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengecam kekejaman dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau serta biadap tentera rejim Zionis Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menyerang konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei tanpa alasan di perairan antarabangsa.
Perdana Menteri, berkata serangan tidak berperikemanusiaan itu melanggar norma perundangan antarabangsa dan tata kelakuan bertamadun kerana ketika serangan, kapal Mavi Marmara berada di kedudukan 65 kilometer dari pesisiran pantai Gaza.
Beliau berkata, tiada sebarang alasan untuk tentera Israel bertindak sedemikian terhadap misi yang merentas kepercayaan agama, sempadan bangsa dan fahaman politik.
"Jika perbuatan sama dilakukan negara lain, tentunya negara berkenaan akan dikenakan pelbagai tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini membuktikan sikap berat sebelah Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan amanah.
Malaysia juga mendesak Amerika Syarikat untuk tampil, tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim itu mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertamadun kerana selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematu-han nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya," katanya ketika membentangkan usul mengutuk serangan tentera Israel, pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Perdana Menteri berkata, kezaliman rejim Zionis akan berterusan, malah Israel akan bersikap angkuh, ghairah dan bermaharajalela melakukan keganasan tanpa had dan batasan hingga rakyat Palestin terbelenggu jika masyarakat dunia terus berpeluk tubuh, membisu dan berdiam diri.
Beliau berkata, walaupun kecewa atas kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras terhadap rejim Zionis, Malaysia akan tetap berusaha keras memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menderita sejak lebih 60 tahun lalu.
Perjuangan ini tidak akan tamat sehingga sebuah negara Palestin merdeka, berdaulat, kendiri ekonomi dapat dibangunkan. Saya juga menyuarakan komitmen serta pendirian Malaysia ini kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika lawatan beliau ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata, selaras usaha membawa kes kekejaman tentera Israel ke mahkamah antarabangsa, Malaysia akan mendesak rejim Zionis membayar ganti rugi serta pampasan semua harta benda, makanan, alat binaan dan perubatan, termasuk kapal yang ditawan serta semua barangan persendirian ahli konvoi yang dirampas secara haram.
Israel juga perlu membayar ganti rugi akibat kesan trauma psikologi, mental dan fizikal serta sebarang pampasan yang difikirkan layak oleh mahkamah antarabangsa," katanya.
Perdana Menteri juga menyatakan sokongan terha-dap penubuhan suruhan-
jaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, adil dan berkecuali bagi menyiasat insiden itu, termasuk pemilihan bekas Perdana Menteri New Zealand, Sir Geoffrey Palmer mengetuai siasatan itu.
Najib juga berkata, beliau mendengar sendiri pengalaman 12 rakyat Malaysia yang terbabit dalam detik cemas serangan Israel apabila mereka turut didera secara mental ketika dalam tahanan
NGO SOKONG USUL KUTUK ISRAEL
Badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam, semalam sepakat menyatakan sokongan penuh terhadap usul yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengutuk serangan kejam tentera Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Mereka berpendapat ini adalah masa yang sesuai untuk Malaysia menyatakan pendirian tegas dalam perkara itu ketika masyarakat dunia mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis membunuh sembilan sukarelawan tanpa alasan munasabah di atas kapal Mavi Marmara yang tidak bersenjata.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris, berharap usul itu akan menjadi asas yang mewakili pendirian seluruh rakyat Malaysia bahawa tindakan Israel tidak langsung mempedulikan tentangan masyarakat antarabangsa itu harus dibawa ke muka pengadilan.
Kita harap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat mewakili kuasa besar bertindak lebih tegas menyekat kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dengan menghentikan sebarang penja-jahan dan sekatan supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza, katanya kepada Berita Harian.
Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, berkata usul Malaysia supaya negara sependapat mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan PBB bagi merujuk kejadian itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan usul kepada Perhimpunan Agung PBB bagi mendapatkan Pendapat Penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) harus dibe-ri perhatian badan dunia itu supaya mangsa terbabit mendapat keadilan sewajarnya.
Kita harap usul yang diluluskan ini bukan hanya di peringkat Malaysia tetapi juga dilaksanakan di peringkat antarabangsa, katanya.
Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd Tahir juga berharap semua usul yang dikemukakan mendapat perhatian bukan hanya PBB tetapi juga negara kuasa besar.
Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Dr Ong See Yew berharap PBB akan meluluskan resolusi supaya satu jawatankuasa bebas ditubuhkan menyiasat kejadian serangan itu.
Selasa, 16 Mac 2010
HUKUM MAIN/JUAL PS / CHESS
Soalan: Apakah hukumnya bagi seseorang yang bekerja sebagai seorang pereka grafik/animasi untuk permainan komputer atau yang terlibat dalam pembikinan games itu sendiri?Apakah hukum bermainnya pula?Adakah pekerjaan tersebut dikira sebagai haram dilaksanakan kerana secara asasnya, permainan komputer kadang-kala melekakan pemainnya?Adakah pereka permainan tersebut menanggung dosa pemain tersebut sekiranya mereka bermain sehingga meninggalkan solat, sebagai contoh?
Jawapan: Bagi memberikan jawapan dalam hal ini, pertamanya kita perlu menentukan terlebih dahulu APAKAH HUKUM PERMAINAN/ GAMES' ITU SENDIRI?, hanya selepas itu kita mampu mengetahui hukum individu yang bekerja dalam pembikinannya.
Bagi mengetahui hukum sesebuah permainan, saya suka untuk merujuk kepada perbahasan ulama dalam bab hukum bermain catur. Benar, di zaman silam tiada play station 3, x-box, wii-games dan yang sepertinya, antara permainan yang ada serta mempunyai beberapa persamaan adalah catur . Justeru saya meyakini dengan memahami hukum catur, kita akan dapat menentukan sikap terhadap permainan moden yang disebut tadi, dari sudut asasnya.
Saya tidak ingin mengulas terlalu panjang lebar dan terlalu ilmiah sambil menyertakan perdebatan ulama berkisar hukum bermain catur, cukuplah saya menghidangkan ringkasan sahaja. Secara umumnya di dalam perbincangan hukum permainan catur, ilmuan Islam berbeza kepada tiga jenis pendapat :-
1)Harus : Namun Dengan Syarat
Antara yang paling diketengahkan dalam kumpulan ini dari kalangan ulama kontemporari adalah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Beliau juga menyandarkan pendapat HARUS ini kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Abbas, Abu Hurairah, dan tabi'en seperti Said al-Musayyab dan malah Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan beberapa ulama terhebat tabien yang turut bermain catur seperti Said ibn Jubair, As-Sya'by dan lain-lain. Imam Al-Ghazzali juga turut tergolong dalam kelompok ini. ( As-Sunan al-kubra, al-bayhaqi, 10/211)
Justeru, Al-Qaradawi dalam fatwanya menyebut :
Menurut pendapat dan ilmu kami bahawa permainan catur itu menurut hukum asalnya adalah mubah(harus), sebab tidak ada dalil yang menunjukkan pengharaman catur, malah selain daripada ia dikira lahwun (lalai) dan hiburan, catur mempunyai nilai positif yang berperanan sebagai merupakan sukan minda dan melatih berfikir.
Antara syarat yang diletakkan oleh Al-Qaradawi :-
· Tidak menangguhkan waktu solat dan kewajiban lain disebabkan keasyikan permainan itu.
· Tidak disertai dengan judi dan pertaruhan.
· Hendaknya pemain dapat menjaga lisannya dari perkataan kotor seperti maki hamun kerana tewas dan sebagainya. ( Al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 273, cet Al-Maktab Al-Islami)
Melalui pendapat ini, jelas bahawa sebab-sebab pengharaman yang mungkin datang bukanlah kerana catur atau permainan itu sendiri, tetapi lebih kepada sebab-sebab luaran.
Oleh itu, jika berdasarkan pendapat ini, games moden turut diharuskan dengan syarat yang disebut oleh al-Qaradawi dan ditambah satu lagi menurut pendapat saya iaitu : mestilah intipati games yang direka cipta atau dbeli itu tidak bercanggah dengan Islam dan hukumnya. Iaitu konsepnya, ideanya, gambarnya dan lain-lain.
2) Haram : Yang melarang
Antara mereka adalah Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Umar r.a, Ibn Abbas r.a, Mazhab Hanafi, Hanbali, dan Maliki. Demikian juga Ibn Taymiah dan kebanyakan ulama kontemporari Saudi, pandangan haram ini juga dinisbahkan kepada beberapa orang sahabat seperti Ibn Umar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik turut termasuk dari mereka yang mengharamkannya. Demikian dinukilan oleh Imam Ibn Qudamah dan lain-lainnya. ( Mughni, 10/172)
Ulama kontemporari Saudi turut mengharamkannya malah mereka mengatakan semua syarat yang diletakkan oleh Qaradawi itu amat jarang dipenuhi oleh sang pemain.
Ibnu Taimiyah pernah berbicara panjang di dalam masalah ini, dari halaman 216 hingga halaman 245 jilid XXXII dari kitab Majmu Fatawa, antara kata beliau :
"Misalnya kita tetapkan bahwa permainan catur itu bebas dari itu semua -maksudnya tidak melalaikan kewajiban dan tidak akan melakukan hal yang haram- maka larangan perbuatan itu ditetapkan oleh para sahabat. Sebagaimana yang sohih dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa beliau pernah menjumpai kaum yang sedang bermain catur. Lalu beliau mengatakan
Ertinya : "Mengapa kamu menekuni patung ini? Sungguh jika salah satu diantara kamu menggengam bara api sampai padam itu lebih baik daripada memegang catur" ( Riwayat Al-Baihaqi, 10/212)
Kumpulan yang mengharamkan mengatakan penyamaan mainan catur dengan patung (berhala) yang dibuat oleh Ali itu jelas menunjukkan bahawa ia satu permainan yang haram.
Ibn Taimiah pula menisbahkan Imam Syafie sebagai berkata : "Permainan yang paling aku benci adalah an-nard, permainan catur dan permainan burung dara sekalipun tanpa perjudian. Sekalipun kebencian kami kepada permainan itu lebih ringan dari pada permainan dadu"
Namun demikian, apa yang jelas, tiada satu hadis yang sohih menyatakan pengharaman catur, hanya wujud adalah perdebatan berkenaan pandangan para sahabat sahaja. Cuma Imam Ibn Qudama cuba membawa dalil berikut sebagai hadis pengharamannya :-
Ertinya : Sesungguhnya Allah swt sentiasa melihat (kepada hambanya) pada setiap hari sebanyak 360 kali pandangan, dan orang yang bermain catur ini tiada termasuk dari kalangannya ( Al-Mughni, 10/172)
Ibn Qudamah kemudiannya terus menghuraikan pemain catur sama seperti pemain an-nard kerana lalainya mereka semasa bermain dari ingatan terhadap Allah swt. Namun demikian, penyamaan ini (qiyas) ini ditolak oleh ulama Syafie kerana perbezaan konsep asas antara kedua permainan tadi.
3)Makruh (tidak begitu digalakkan)
Antaranya adalah Imam As-Syafie dan merupakan pandangan mazhab Syafie.Imam Syafie berkata ertinya : Apabila catur tidak besertanya pertaruhan dan kata-kata maki hamun, melupakan solat, maka ia TIDAK lah termasuk dari yang haram ( Tafsir Ibn Kathir, 6/40 )
Imam an-Nawawi menjelaskan pendirian mazhab Syafie dengan katanya :-
Ertinya : Adapun catur, dalam mazhab kami (Syafie) ia adalah makruh dan tidak jatuh haram, dan ia (keharusannya) juga diriwayatkan dari kumpulan tabien; namun menurut Imam Malik dan Ahmad, ia adalah haram dan Imam Malik berkata ia lebih buruk dari An-Nard ( sejenis permainan arab yang berasakan judi), serta melekakan diri dari kebaikan, justeru mereka menqiyaskan catur dengan an-nard, namun dalam ahli-ahli dalam mazhab kami (Syafie) tidak bersetuju dengan qiyas tersebut. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, hadis no 2260, jil 15, hlm 15)
Imam al-Ghazali pula memberikan perbezaan antara catur dengan an-nard dengan hujjahnya ia berbeza adalah kerana :
Catur adalah mainan latihan perangkaan strategi perang, ia lebih mirip kepada sukan memanah, berkuda dan berlumba ( dari sudut manfaatnya) ( Rujuk Al-Wasit, 7/353 )
Kesimpulan hukum main catur
Dari sudut dalil yang diberi serta banyak lagi yang tidak disertakan, saya berpandangan yang HARUS TETAPI MAKRUH JIKA BERLEBIHAN adalah lebih kukuh.
Tidak dinafikan bagi seseorang yang ulama atau ahli agama, pandangan YANG MENGHARAMKAN tentunya terpakai untuk dirinya. Bukankah status kedudukan para ulama itu menjadikan dirinya perlu lebih ketat dalam pengalaman berbanding orang awam. Sebagai kata-kata yang kerap kita dengari
"Kebaikan yang dilakukan oleh orang awam, masih dikira keburukan bagi seorang yang hampir dengan Allah swt"
Ertinya bagi seorang yang soleh, mengkahatamkan al-quran sebanyak satu kali pada bulan Ramadhan boleh dianggap satu kesalahan dan aib, berbanding orang awam yang dikira sebagai satu kejayaan besar. Jika piawaian ini diambil kira bolehlah kita katakan, pandangan ‘HARUS DENGAN SYARAT' atau ‘MAKRUH' lebih ringan untuk dihidangkan kepada orang awam khususnya : -
* Tiada dalil spesifik yang menyokong pengharaman,
* Hujjah yang mengatakan haram semuanya disebabkan wujudnya faktor luaran seperti lupa Allah SWT, judi dan sepertinya, maka jika tiada faktor-faktor ini bak kata Imam al-Ghazzali, semuanya kembali menjadi hukum mubah.
* Qiyas catur dengan an-Nard adalah tidak tepat sebagai pandangan mazhab Syafie kerana an-Nard sememangnya diasasi oleh perjudian berbanding catur yang amat boleh dimainkan tanpa pertaruhan.
Namun begitu, walaupun ia ‘harus dengan syarat' atau ‘makruh' sahaja, saya amat bersetuju dengan fatwa Imam al-Ghazzali yang lebih kurang sama dalam bab muzik. Gunakanlah ia secara terkawal dan tidak terlalu kerap kerana ia umpama ubat, yang tidak boleh terlalu kerap, kelak akan membawa mudarat.
Gunakan ia hanya untuk menghilang kebosanan sama seperti bergurau senda, ketawa, bersukan dan sebagainya. Tentunya penenang yang hakiki adalah pada membaca dan menghayati AL-Quran, zikir dan membaca, namun tidak semua manusia sama status iman mereka, tatkala itu amat relevan kata-kata Nabi kepada Hanzalah dan Abu Bakar r.a yang kerisauan kerana masih boleh berehat-rehat ketiak di rumah dengan isteri dan anak, sedang mereka begitu serius ketika mendengar kuliah Nabi s.a.w berkenaan akhirat dan lainnya :
Ertinya : Wahai Hanzalah ; satu waktu (zikir dan ibadah khusus serta serius) dan satu waktu lain pula ( rehat dan ringan) ( Riwayat Muslim)
Berkenaan hukum menjual catur di dalam mazhab Sayfie, disebabkan mazhab ini mengganggap catur sebagai makruh, hukum menjualnya juga turut makruh. (Al-Majmu', An-Nawawi, 9/243)
Jawapan kepada soalan
Jika demikian perbincangan kita, hukum bermain games PS1,2, dan 3 juga harus dengan makruh jika berlebihan, dan haram hanya apabila melanggar perkara asas yang telah disebutkan di tadi.
Tatkala itu, saya berpandangan, hukum terlibat sebagai programmer computer, grafik animator dan sepertinya bagi pembikinan sesebuah games adalah turut HARUS, namun ia bukankah satu kerja yang terbaik dan terpilih bagi individu yang mahu jelas hilang dari sebarang syubhat.
Unsur syubhat wujud khususnya kerana pencipta permainanan itu TIDAK MAMPU mengawal kekerapan, dan addicted sang pemain serta kelalaian mereka.
Asalnya penjual dan pencipta barang jualan yang bersifat neutral TIDAK menanggung sebarang tanggungjawab jika pembeli menggunakan barang neutral itu untuk tujuan jahat. Seperti penjual lap top computer, pisau, Television, printer dan sebagainya. Semua ini tergolong dalam kategori neutral yang mana pengguna akan menentukan sama ada ia digunakan kepad adosa atau pahala.
Namun berbeza dengan PENJUALAN GAMES; kerana amat diketahui, permainan itu diciptakan sememangnya untuk dimain, menghiburkan pembeli, malah lebih baik jika mampu dicipta kecanggihan sehingga boleh menjadikan pemain ketagih dengannya. Tatkala itu, pencipta games menanggung beban tanggungjawab kepada mainan ciptaannya, berbeza dengan barangan neutral yang saya sebutkan di atas.
Justeru, jika permainanan yang direka yang bersifat pendidikan ilmu fardhu kifayah seperti matematik atau permainan serampang dua mata, hiburan dan pendidikan atau lebih hebat dari itu ia membawa kepada kesedaran Islam. Tatkala itu ia menjadi sunat pula dan pahala yang diperolehi oleh penjual juga.
Hukum boleh berubah pula menjadi HARAM apabila kandungannya dan paparan terdapat hal yang bertentangan dengan Islam.
Sekian
sumber: http://www.zaharuddin.net/
Langgan:
Catatan (Atom)