Followers

Sabtu, 27 Oktober 2012

Hari Raya Korban

Assalamualaikum salam edul adha buat semua readers 


Hari ini hari kedua kita merayakan Hari Raya Aidil Adha untuk tahun ini dan di surau umri sebagaimana kebiasaan dan merupakan acara tahunan surau umri ialah aktiviti korban kelompok. Setakat hari ini alhamdulillah diberitakan empat ekor lembu telah berjaya dikorbankan dan daging korban telah pun selamat diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan. 




Semangat kerjasama dan muafakat yang diamalkan merupakan asas kepada perpaduan dalam masyarakat kampung khususnya. Program korban hari ini turut dibantu golongan belia dan anak muda yang sama-sama melaksanakan aktiviti sehingga akhir. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti hari ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua 

Tiada ulasan: