Followers

Selasa, 10 Ogos 2010

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN DAN TAHLIL ARWAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Pada hari Ahad 8hb Ogos 2010 yang lalu telah berlangsungnya majlis tahlil arwah sempena menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak 1431H yang diadakan di Surau Umri Kg Serkam Pantai.Majlis ini adalah merupakan majlis tahunan yang dianjurkan oleh Surau Umri . Ia lazimnya di adakan beberapa hari sebelum sampainya Ramadhan.



Majlis dimulakan selepas solat fardzu Zohor dengan bacaan rawi yang diketuai oleh Tuan Imam Sdra Saleh Mohammad dan diikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pengerusi Surau Tuan Hj Mohd Said Omar atau lebih dikenali oleh orang kampung sebagai ‘Pak Sheikh’ .Sebanyak hampir 300 nama2 arwah yang kebanyakkannya sanak saudara dari warga kampung Serkam yang telah di kembali ke rahmatullah sejak beberapa tahun yang lalu telah di bacakan dan semua waris dan ahli ahli jemaah yang memohon mendoakan keatas roh sanak saudara mereka itu diberi keampunan dari Allah s.w.t. InsyaAllah. Justeru itu marilah sama kita menyedekahkan bacaan Al-Fatehah keatas arwah berkenaan. Al-Fatehah,


Majlis di akhiri dengan jamuan tengah hari. Makanan telah disediakan dan dimasak oleh jurumasak kita yang terkenal dikampung kita iaitu Sdra Hj Yusof (Nyah) Kasim dan Sdra Hj Md.Dan Hj Wahab.Majlis berakhir pada jam 3.45 petang.

Tiada ulasan: