Followers

Selasa, 29 Mei 2007

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG SERKAM

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG SERKAM
Oleh:
Tuan Guru Al-Marhum Hj Omar bin Hj Othman
(CATITAN DI DALAM TEKS JAWI DENGAN GAYA BAHASA ASAL)


Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam . Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada nur Muhamad,kejadian padi asal ia kulit padi,menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam diisi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi,jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi,ada beras serba deras”.

Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya disitu. Sebab itu disitu banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam . Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam,lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa . Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’ Lekatlah nama serkam hingga sekarang.

Tersebut kisah cerita zaman Nabi Allah Noh, apabila karam bahtera daripada bulan Rejab hingga bulan Muharam tatkala kering daripada karam itu, lalulah bahteranya diatas bukit jodi.Segala manusia datang mengadukan lapar kepada Nabi Noh. Kata Nabi bawa kemari apa jenis makanan yang ada dan dibawalah kepadanya tujuh biji satu daripadanya ialah beras, maka dibaca Nabi Allah Noh ‘ Bismallahirrahman Nirrahim’ lalu dijerang didalam satu kawah yang besar. Pada hari itu ialah kena pada 10 Muharam dinamakan bubur asura yang kita amalkan pada tiap-tiap tahun sungguhpun perkara bidaah tetapi bidaah hasanah untuk disedekahkan bubur itu pada kanak-kanak dan orang fakir dan miskin.

(Adapun nama nama ketua2, penghulu imam kampung Serkam ada tercatit didalam sejarah mesjid Serkam - penyusun)

CATITAN KAJIAN LAIN YANG DIBUAT OLEH PENGKAJI SEJARAH MENGENAI SEJARAH KAMPUNG SERKAM

Serkam ialah sebuah kampung letaknya sebelas batu dari bandar Melaka. Perkataan Serkam berasal dari dua gabungan perkataan Arab iaitu ‘Ser’ dan ‘kam’ Perkataan ‘ser’ bermaksud rahsia dan ‘kam’ bermaksud beberapa. Dengan itu Kampung Serkam bererti beberapa rahsia.

Menurut tradisi lisan Kampung Serkam pada asalnya telah diterokai oleh satu keluarga yang berasal dan Pelembang,Indonesia. Ketua keluarga itu ialah Dato’ Isnin. Beliau bersama-sama dengan 5 anaknya yang bernama Abas, Dato’ Marsah, Dato’Ab Raof, Dato’Bujal dan Dato’ Othman . Melalui keluarga inilah berkembangnya masyarakat Serkam hingga ke dewasa ini..

Penghijrahan keluarga Dato’ Isnin mungkin berlaku dalam abad ke 18. Terdapat juga dokumen-dokumen seperti peta-peta Inggeris menunjukkan Serkam wujud pada waktu itu.Tetapi amat ketara pada abad ke 19. Penduduk terus bertambah dari masa ke masa sebahagian besar penduduknya terdiri oleh orang Melayu. Terdapat bangsa-bangsa asing yang tinggal di kampung sepanjang abad yang ke 19. Contohnya pada tahun 1821 kampung ini mempunyai seramai 2,161 orang penduduk. 1,932 daripadanya terdiri dari orang Melayu. 211 orang Cina dan 18 orang India. Kebanyakannya orang asing ini bekerja sebagai peniaga dan peraih.

posted by surau umri @ 5:43 AM 0 comments


SEJARAH RINGKAS SERKAM SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

DITULIS DALAM TEKS ASAL JAWI
OLEH

TUAN HJ OMAR HJ OTHMAN


Maka mula mula orang Jepun datang kemari (Serkam) mengambil gambar dan menjual gula-gula, semuanya menjadi ‘spy’ kerajaan Jepun dan barang barang kain baju serba yang murah belaka sebagai satu umpanan.

Apabila saatnya ia mula masuk daripada Siam Padang Besar dengan bersenjatakan kapal perang yang banyak serta mesin gun dan kerajaan Inggeris belum bagitu kuat kawalannya, dengan pantas ia masuk. Orang orang Inggeris pun lari, maka segala tempat yang berguna semuanya di bom seperti rumah pasung, jambatan.Tetapi ada satu jembatan di kampung ini (Serkam) tidak mahu meletup dan tempat yang dilalu (Jepun) kalau ada basikal diambil pokok kelapa dipanjat, buahnya dimakan .Maka segala pemerintahan bertukarlah dan bendera atas bukit Melaka naiklah bendera Jepun. Sekolah dijadikan sekolah memakai bahasa huruf Jepun.”KATAKANA,HAIRAKAN, Singapura diubah namanya iaitu SYONANTO, Penghulu DANCHO Naib Penghulu ZUKUDANCHO, mata mata kampong JIKIDAN sekolah GAKKO.

Yang paling dahsyatnya makanan ialah ubi kayu disagat jadikan beras masak jadi nasi.Orang tua dan muda dipaksa menanam ubi.Maka saya sendiri terpaksa menyangkul buat batas tanam keledek dan ubi . Kalau beras berjimat-jimat buatkan bubur untuk anak anak kecil.Segala tanaman pokok habis dibuang digantikan dengan tanam pokok makanan belaka.

Maka suatu kisah pula segala Penghulu,Ketua ketua kampung diperintahnya ambil pemuda pemuda dibawa ke Siam. Kampung Serkam diambilnya jumlah 24 orang dan termasuk seorang anak saya bernama Ab Karim bin Hj Omar.Apabila anak-anak kita ada janji hendak beri gaji, tiba tiba diberinya duit Jepun yang bergambar pokok pisang dan sedikit sabun dan mancis api. Saya apabila dapat wang Jepun lalu saya belikan sebuah Quran dan saya buka jadikan satu juzuk dikhairatkan untuk mengaji orang mati ada disimpang hingga sekarang. Maka anak-anak yang pergi tiada seorang pun yang balik. Ada pun yang berbalik dapat lari menumpang dalam kereta api. Katanya pembuat jalan kereta api tidur baring ,makan minum semuanya dalam hutan rimba yang besar.Mati atau hidup tiadalah segala ibu bapa ketahui hanya berserah kepada Allah Taala diharapkan ampunkan dosanya. Segala ibu bapa hanyanya merendam air mata sahaja .

Maka takdir Allah Taala dapat satu pertolongan lalulah kerajaan Amerika menjatuhkan sebutir bom yang paling kuat dinegeri Jepun .Habis rosak binasa dengan sebab sebutir bom itulah lalu kerajaan Jepun mengaku ‘selender’ mengaku kalah.Maka kerajaan Jepun hapus dan baliklah kerajaan ke mari memulihkan segala-gala yang telah dirosakkan kerajaan Jepun itu. Barangkali juga berkat doa orang orang soleh-soleh .Beberapa amat kerajaan Inggeris hendak memulihkan segala galanya itu. Tetapi kerajaan Inggeris ganti rugi segala pokok pokok getah yang ditebangnya itu bilang longgok dibayar. Tetapi yang pergi ke Siam khabarnya dengan permintaan Yang Amat Berhormat Tengku Ab Rahman kerajaan Jepun hendak beri sebuah kapal, wallahoalam. Tidak ada cerita perkara itu.Masanya perintah Jepun 3 tahun 8 bulan . Maka mata wang Jepun bersepah bertimbun dan diganti wang baru oleh kerajaan Inggeris.

Al-Kiash suatu perkara lagi apabila kerajaan sudah memerintah Tanah Melayu, seluruhnya ada suatu ikhtiar kerajaan hendak ubah cara cara ia menjajah oleh wakilnya Tuan ‘Makmikal’ hendak dijadikannya yang bernama Malayan Union, tujuannya hendak menghapuskan raja Tanah Melayu kuasa raja-raja Tanah Melayu. Alhamdullilah, memberi pertolongan dan hidayatnya kepada seorang hamba nya Yang Berhormat Dato’ Onn Jaafar setelah balik dari England apalagi pergilah tiap-tiap buah negeri diTanah Melayu memberitahu menerangkan kepada seluruh rakyat Tanah Melayu menyatakan peraturan yang dibawa oleh Tuan ‘Makmikal’ tujuannya hingga menghapuskan kuasa raja-raja Tanah Melayu. Apabila mereka datng semua rakyat tidak sekali menerima undang undang itu jangan keluar.

Maka datang ‘Makmikal’ kemari tiap tiap negeri tidak keluar nyatalah rakyat tidak setuju . Mereka itu pun balik dengan hampa cita-citanya itu.

Bahawa disini bolehlah dikatakan dengan pertolongan Yang Berhormat Dato’ Onnlah membalikkan kuasa raja-raja Tanah Melayu akan takhtanya ini syukurlah kita kepada Allah Taala yang Maha Kuasa.

Al-Kisah tersebut perihal Tanah Melayu dapat merdeka oleh ketua2 yang bijak pandai terutama Dato’ Onn dengan Yang Berhormat Tengku Ab Rahman Al-haj, didapati ada berselisih pendapat Dato’ Onn kerayaatan mahu dijaga jangan terlalu luas dibuka pintu kerayaatan . Tetapi Yang Mulia Tengku mahu lekas dapat kemerdekaan itu undang undang Tengku siapa cepat ia mendapat terpaksa berkongsi dengan tiga-tiga rakyat Cina dan Keling dan rakyat Melayu bagus juga. Tetapi jalan Dato’ Onn tabiat orang tua seperti kata bidalan Melayu’ Biar lambat tetapi selamat’.

posted by surau umri @ 5:43 AM 0 comments


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM
(EHSAN: portal.mmu.edu.my)
Bangunan Sekolah Kebangsaan Serkam yang dibina pada tahun 1924 dan telah diubah suai pada tahun 1977.


Sekolah Kebangsaan Serkam diasaskan daripada kesedaran cerdik pandai agama. Sekolah pertama dibina di Serkam Darat pada tahun 1888 iaitu selepas Perang Rokam meletus di Serkam.

Pengasas sekolah ini ialah Dato’ Demang Baba bin Dato’ Sidang Saad. Beliau adalah pemimpin masyarakat jajahan ketika itu. Beliau merupakan anak watan yang bagitu mementingkan pembelajaran anak-anak . Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab yang bagitu kuat serta kuasa yang ada padanya, akhirnya dengan bantuan dan kerjasama penduduk kampung maka terlaksanalah cita-citanya untuk membantu anak-anak buahnya mendapatkan pelajaran yang sewajarnya pada waktu itu.. Ketika ditubuhkan murid disekolah ini berjumlah 16 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 2 orang guru.

Pada tahun 1900, sebuah sekolah baru telah dibina diatas lokasi sekolah sekarang dengan nama Sekolah Melayu Serkam. Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Serkam bertukar nama iaitu Sekolah Umum Serkam. Selepas merdeka sekali lagi sekolah ini bertukar nama iaitu Sekolah Kebangsaan Serkam hinggalah kehari ini.

Bangunan tambahan pertama yang dibina iaitu sebuah bangunan kayu pada tahun 1924. Diikuti bangunan tambahan kedua juga bangunan kayu iaitu pada tahun 1965. Seterusnya bangunan tambahan ketiga sebuah bangunan batu pada tahun 1977. Pada 1990 Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu. Dan pada tahun 1999 ini, Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan batu.


Murid2 Darjah 4A Tahun 1959 bergambar bersama Guru Darjah Allahyarham Cikgu Saleh Ismail. Gambar dibelakang ialah bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1924.
Gambar dari kiri ke kanan (berdiri): Ab Rahim Abdullah,Ab Razak Hamid, Abdullah Md Nor,Abdullah Md Dom,Mohd Adam,Zainal MdJani,Allahyarham Othman Hj KadirMohammad Hj Said,Md Nar Abdullah,Md Nor Mohammad,Cikgu Salleh Ismail,Ismail Ab Latif,Shaari Md Zain, Omar Mohammad, Allahyarham Yusof Samad, Jansar, Abdullah Abas,Ali Hj Ahmad,Abu Ab Rahman,Allahyarham Ab Rahman Ab Rahim, Sulaiman Hashim.

Gambar dari kri ke kanan (duduk) : Fatimah Kasim,Rokiah Adam,Mariam Sapi,Asmah Mohd,Aminah Md Nor,Zaiton Ishak,Sapiah Saeh,Tijah Dol, Rosmah Ab Rahman,Saorah,Maimunah Hashim.


posted by surau umri @ 5:43 AM 0 comments


Senarai Guru Guru Besar Sekolah Melayu –Kebangsaan Serkam

Hj Tain Hj Tahir
29Sep 1945 - 2 Okt 1947

Hj Jaamat Idris
19 Feb 1947 - 8 Feb 1948

Hj Jantan Chombok
01 Mac 1948 – 5 Jan 1949

Hj Jaafar Muhammad
5 Jan 1949 - 30 Mac 1950

Hj Ab Ghani Abu
2 April 1950 - 7 Okt 1952

Md Yasin Mahat
20 Okt 1952 - 2 Jun 1956

Hj Ab Rahim Baba
3 Jun 1956 - 6 Okt 1960

Hj Md Said Bakar
15 Okt 1960 - 29 Dis 1960

Hj Harun Ngah
1 Jan 1961 - 29 Jun 1961

Hj Abdullah Mohammad
1 Jul 1961 - 12 Jan 1963

Hj Talib Sudi
13 Jan 1963 - 8 Mei 1976

Hj Samad Hj Ahmad
9 Mei 1976 - 31 Ogos 1977

Hj Hassan Hj Omar
1 Sep 1977 - 30 Mei 1986

Hj Hassan Hj Ibrahim
1 Nov 1986 - 15 Ogos 1991

Alias Ab Latib
16 Ogos 1991- 30 April 1994

Ramlah Hj Majid
1 Mei 1994 – 1 Jan 2001

Rosiah Hj Ismail
1 Jan 2001 - sekarang

http://kgserkam.blogspot.com/

SEJARAH MASJID JAMEK KAMPUNG SERKAM,MELAKA

SEJARAH MASJID JAMEK KAMPUNG SERKAM,MELAKA

(BUAT KENANGAN ANAK CUCU AKAN DATANG)

OLEH:

HJ OMAR BIN HJ OTHMAN
(TOK ALANG)

DAN

HJ HAMZAH BIN HJ AHMAD

(disusun pada tahun 1979)

(Teks Jawi dengan Gaya Bahasa Asal)

PENDAHULUAN

Sebenarnya sejarah Masjid Jamek Kampung Serkam ini tiada didapati sebarang naskhah atau peringatan bertulis dari nenek moyang kita kira-kira seratus tahun dahulu yang boleh dijadikan panduan kami untuk menuliskan satu sejarah yang lengkap untuk dibaca oleh jenerasi akan datang hanyalah kira-kira lima puluh tahun kemudian iaitu dari tahun 1925 baharulah didapati buku-buku peringatan mesyuarat yang diusahakan oleh Allahyarham Tuan Hj Yahya bin Abas sebagai setiausaha masjid ketika itu.

Dalam pada itu pun banyak perkara perkara yang mustahak tidak dituliskan tarikhnya dengan lengkap.

Sejarah yang dituliskan ini cuma berdasarkan cerita-cerita mulut yang di dengari dari datuk nenek kita yang telah mendengar cerita cerita dari orang yang dahulu daripadanya.

Oleh yang demikian jika didapati apa-apa kekurangan dan perselilisahan pendapat dari apa yang tertera dalam buku ini marilah sama-sama kita menambah dan membaikinya, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan menuntut berbanyak-banyak maaf.

Walaubagaimana pun kita patut bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana mereka telah berjasa dan telah berkerja secara bergotong royong dengan tidak mengharapkan bantuan dari mana- mana pihak telah dapat mendirikan sebuah bangunan masjid yang elok dan kukuh untuk faedah kita bersama dan generasi akan datang.

Penyusun
Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Maha Penyayang
SEJARAH MASJID JAMEK KAMPUNG SERKAM MELAKA

Menurut cerita dari orang tua2 bahawa masjid yang mula-mula didirikan di Kampung Serkam ini iaitu sebuah masjid kecil yang dibuat daripada kayu bertempat di tepi sawah berhampiran dengan Pekan Serkam(Simpang Empat) kerana masa itu penduduk kampung itu ramai ramai disitu iaitu zama Allahyarham Dato’ Abas dan Dato’ Marsah bin Isnin.Tarikh binaan masjid tersebut tiada didapati.

Apakala penduduk kampung ini telah bertambah ramai disebelah baruh (selatan) kampung ini, maka bermuafakatlah anak-anak kampung ini mendirikan sebuah masjid yang agak besar diperbuat daripada batu di Serkam Pantai terletak ditepi Sungai Serkam yang ada sekarang.

Tatkala hendak meletakkan tapak masjid ini telah menjadi perselisihan anak-anak kampung, setengahnya berkehendakkan masjid itu disebelah timor sungai dan setengahnya berkehendakkan disebelah barat sungai. Menurut pandangan Allah yarham Tuan Imam Hj Mohd Said bin Penghulu Marsah yang terkenal dengan nama Tok Andak serta Tok Penghulu Amar, kedua-dua beliau tidak bersetuju didirikan disebelah timor sungai kerana menurut beliau disebelah barat sungai pada masa itu ada seorang tua yang menjadi guru agama yang ramai bilangan murid2nya bernama Tuan Haji Hasan bin Hj Ab Aziz mungkin beliau akan mendirikan sebuah masjid lain pula disoloknya ditakuti anak anak kampong akan jadi berpuak-puak antara timur dan barat .

Oleh sebab pandangannya munasabah, maka anak anak kampung sebulat suara bersetuju meletakkan bangunan masjid ini disebelah barat Sungai Serkam ditempat yang ada sekarang ini.

Kayu-kayu yang digunakan bagi binaan masjid ini kebanyakan ditarik dengan kerbau dari hutan-hutan yang besar dan batu-batunya pula digunakan batu-batu karang yang diambil dari laut berhampiran Pulau Besar dengan mengunakan perahu-perahu oleh anak-anak buah kampung, dan daripada batu-batu karang inilah dibina dinding-dinding masjid dan setengahnya diukir dibuat berbagai-bagai gubahan untuk menghiaskan kemuncak dan penjuru-penjuru atap atap masjid ini dengan elok dapat dilihat hingga sekarang.

Kerja mendirikan masjid ini diketuai oleh Allah yarham Datok Penghulu Amar dan Imam Tuan Hj Mohd Said bin Penghulu Marsah yang terkenal dengan panggilan Tok Andak.

Allahyarham telah meninggal dunia di Muar, Johor pada tahun masihi 1888 beliau pindah ke Muar bersama-sama keluarganya disebabkan membawa diri akibat pertentangan dengan pegawai pemerintahan kerajaan British yang mentadbirkan Daerah Jasin Melaka didalam perkara menetapkan cukai tanah di Serkam ketika itu.

Ramai anak-anak buahnya dari Serkam mengikut beliau berpindah lalu membuat kampung halaman di Muar hingga sekarang masih terdapat nama satu jalan Lorong Serkam dibandar Muar. Perpindahan mereka adalah dengan persetujuan Sultan yang memerintah Johor ketika itu iaitu AlMarhum Sultan Abu Bakar.

Pusara Allahyarham sentiasa diziarahi oleh anak cucunya hingga sekarang bertempat di tanah perkuburan Saidiah iaitu mengambil sempena nama beliau.
Gambar Masjid Jamek Kampung Serkam sekitar tahun 1940an.
CERITA TAMBAHAN :

Maka mula mula ura-ura hendak mendirikan Masjid Serkam yang kedua ini ialah disebelah sungai sebelah timor, maka jauh telek pendapat fikiran Allahyarham Dato’Andak iaitu Tuan Hj Mohd Said dan Tuan Khatib Jamal dan Tuan Bilal Ridin, lok didirikan sebelah barat sungai ini kerana katanya kita belum ramai jika didirikan sebelah timor takut orang sebelah barat akan mendirikan lagi masjid sebelah barat. Kelak masa itu takut kita belah timortak cukup jemaah.Dengan sebab itu sebulat suara anak anak buah setuju didirikan masjid ini disebelah barat sungai Serkamini diatas sebuah tanah yang telah diwaqafkan oleh LAHAD namanya dan ada kuburnya dihadapan mihrab masjid ini.

Kemudiandengan pakatan ketua ketua kampung dengan panduan Dato’Andak lalu dapat didirikan sebuah menara tempat azan.

Kemudian masa Imam Hj Daud Hasanuddin dan Khatib Hj Mohammad dan Bilal Hj Taha, lalu dapat diperbaiki rumah masjid ini digantikan apa-apa yang buruk dan membuat atap kolah masjid.

Maka dengan ikhlas Tuan Hj Mohd Ali Hj Mohd Said pada haribulan 14 Rejab 1359 H berbetulan 18 Ogos 1940 beliau mengeluarkan belanjanya sendiri mendirikan tiga tiga rumah tangga masjid ini (Lihat gambar rumah tangga masjid)

TARIKH DIDIRIKAN MASJID YANG ADA SEKARANG

Pada papan pintu tengah hadapan masjid ini ada papan bersurat akan tarikh didirikan masjid ini tertulis dengan ukiran huruf jawi yang elok seperti berikut:


Gambar ukiran kayu tulisan jawi lama dengan pernyataan sejarah seperti di bawah;

Sanah 1279H ( tahun 1279H )

“Kepada empat belas haribulan Syawal hari Khamis jam pukul lapan masa itu perihal Datok Penghulu Amar dan Tuan Imam Hj Mohd Said Ibni Al-Marhum Datok Penghulu Marsah serta anak-anak buah membuat waqaf di Kampung Serkam mendirikan Agama Rasulullah membuat Masjid Allah tempat sembahayang segala hamba Allah”

“Amin Ya MujibasSaailin”

Akan tarikh hijrah yang tersebut bersamaan tahun masihi 1853 dari tarikh tersebut hingga sekarang masjid ini telah berumur lebih dari 126 tahun.

TANAH TAPAK MASJID

Tanah tapak masjid yang ada ialah diwaqafkan oleh seorang tuan tanah yang bernama Datok Lahad yang tinggal berhampiran masjid itu pada ketika itu dan kuburnya ada didalam kawasan masjid dihadapan mehrab dengan bertembok batu.

TARIKH DIBINA MENARA

Menara masjid yang ada sekarang tingginya kira-kira 70 kaki telah dibina dalam tahun 1280 Hijrah digunakan tempat bilal azan yakni ‘bang’ tiap tiap waktu bagi memanggil orang datang sembahayang dimasjid terutama pada hari Jumaat dan juga untuk dipasang lampu dikemuncak menara itu menandakan malam hari kebesaran umpama hariraya.

Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan bagi membuat menara itupun dari batu batu karangan laut juga yang diambil oleh anak-anak buah kampung dari laut berhampiran Pulau Besar dilaut Melaka dengan menggunakan perahu. Kapur digunakan bagi mengikat batu-batu tersebut kerana simen sukar didapati ketika itu.

Satu peristiwa telah berlaku iaitu tatkala menara itu baru-baru siap dibina, sekalian tukang tukang dan orang kampung pun ramai yang cuba naik keatas menara itu untuk menyaksikan dan setelah selesai sahaja mereka turun ,tiba tiba dengan takdir Allah s.w.t menara itu runtuh rebah ketanah. Masing masing mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t kerana terlepas daripada bahaya ditimpa kemalangan jiwa.

Setelah itu bermuafakatlah sekalian anak anak kampung bagi membina semula menara itu dengan teguhnya ditempat yang ada sekarang juga. Kekal tiada tumbang dan masih digunakan dengan baik hingga sekarang.

SEJARAH MIMBAR MASJID

Mimbar masjid yang ada sekarang telah diperbuat dalam tahun hijrah 1286 iaitu bagi tempat khatib membaca khutbah, diperbuat daripada kayu yang baik berbentuk sengan menarik atap dan dindingnya berukir dengan bunga2an awan larat yang elok.

Menurut ceritanya tukang yang membuatnya itu terdiri tiga orang tukang yang mahir membuat ukiran dari anak anak kampung serkam sendiri iaitu:

Allahyarham Encik Yunos (Tukang yang tua)
Allah yarham Encik Ibrahim (Tukang yang muda)
Allahyarham Encik Berima (Tukang ketiga)

Nama ketiga-tiga mereka ada diukir dibahagian sebelah dalam mimbar itu perkataan berangkap seperti syair ditulisan dengan ejaan tua seperti yang disuratkan dibawah ini:

''Mimbar dia buat tukang bertiga
Encik Unus tukang yang tua
En Aim tukang yang muda
En Beri ma tukang ketiga
En Aim tukang yang muda
Menulis bunga menang ada
Bunga dikarang dalam dada
Awan bercampur bunga berlanda
Encik Berima tukang ketiga
Memahat bunga bagi dijangka
Tangan memahat hati mereka
Sekuntum bunga cempaka.''


Di pintu tembok hadapan masjid itu ada dibina sebuah rumah tempat manruh beduk (tabuh) untuk dipalu pada hari hari Jumaat menandakan masuk waktu sembahyang Jumaat seperti digunakan disetengah2 masjid di negeri ini hingga hari ini.

Tarikh dibina iaitu pada tahun 1929. Pada masa ini rumah beduk yang tersebut telah dipecahkan kerana kawasan itu digunakan tapak bangunan tambahan masjid yang baru yang dibuat dalam tahun 1973.

Rumah beduk (Tabuh)

TARIKH DIBINA ATAP RUMAH TANGGA

Dalam tahun 1940 telah dibina tiga buah rumah atap tangga masjid, kiri kanan dan hadapan masjid dibina dengan derma ikhlas Allahyarham Tuan Hj Mohd Ali bin Mohd Said iaitu anak Allah Al-Marhum Tuan Imam Mohd Said yang mula membina masjid Serkam ini.

Bangunan ini dibuat bertiang batu dan ‘bersattah’ berukir dengan ayat-ayat Quran dengan elok diatas bendul bendul hadapan.

Pada masa ini rumah atap tangga bahagian hadapan telah dipecahkan kerana mendirikan bangunan tambahan masjid, manakala rumah atap tangga bahagian kiri dan kanan masih digunakan dengan baiknya.


SAMBUTAN 100 TAHUN UMUR MASJID

Pada malam Jumaat 25.6.53 telah genap umur masjid ini selama 100 tahun satu majlis kesyukuran telah diadakan. Pada malam yang tersebut sekalian anak-anak kampung telah berhimpun di masjid kerana mengadakan kenduri arwah kepada sekalian ibu bapa dan datuk nenekyang telah meninggal dunia dan mereka sekalian telah berjasa meninggalkan sebuah masjid untuk anak cucunya hari ini.

TAK DAPAT MENDIRIKAN SEMBAHYANG JEMAAH

Satu sejarah yang tiada patut dilupakan terjadi 13 Mei 1969 iaitu satu rusuhan dan pergaduhan antara kaum di Kuala Lumpur dan merebak pula kelain negeri .Banyak jiwa terkorban .Kerajaan telah mengishtiarkan darurat seluruh malaysia.

Berbetulan pada hari Jumaat 16.5.69 tiada dapat mendirikan sembahyang jemaah dimasjid kerana merata-rata kampung dikenakan perintah berkurung .Orang ramai tiada dibenarkan keluar rumah dalam masa berkurung .Jadi tiadalah dapat anak-anak kampung keluar ke masjid sembahyang jemaah hari itu.

BANGUNAN TAMBAHAN MASJID SERKAM

Oleh sebab ahli jemaah Serkam telah bertambah tambah ramai dan masjid yang sedia tidak cukup tempat bagi menumpang jemaahnya terutama pada pada hari raya,maka ahli lembaga masjid ini telah berikhtiar membina bangunan tambahan dihadapan bangunan masjid yang sedia besarnya 30x40 kaki iaitu diperbuat daripada batu dan atapnya sotoh bangunan ini telah siap dan dapat digunakan dalam bulan Januari 1973.

PEGAWAI-PEGAWAI MASJID

Pada permulaannya masjid ini adalah ditakbirkan oleh pegawai-pegawai syarak dan adat iaitu terdiri daripada imam,bilal,khatib,datuk penghulu dan sidang-sidang dalam kampung bagi mengawas dan mentadbirkan perjalanan masjid pada 7.1.1925 bersamaan 11haribulan Jamadilakhir sunah 1343 satu mesyuarat pegawai-pegawai tersebut di atas diadakan dirumah datuk penghulu Baba bin Muhammad Saad kerana melantik pegawai-pegawai dan ahli mesyuarat masjid dengan tujuan hendak menyelamatkan hak-hak masjid.

KEPUTUSAN NAMA-NAMA MEREKA YANG TERSEBUT DIBAWAH INI TELAH DIPERSETUJUKAN

Penaung : Datuk Penghulu Baba Bin Muhammad Saad
Nazir :Tuan Haji Muhammad Zain Bin Haji Muhammad Said
Penolong Nazir :Tuan Haji Abu Bin Abdul Ghani
Setiausaha :Sidang Yahya Bin Abdullah
Penolong Setiausaha :Sidang Hitam Bin Muhammad Amin

AHLI MESYUARAT

Sidang Muhammad Yunus Bin Rabu
Sidang Sabudin Bin Muhammad Aqil
Abdul Ghani Bin Bakar
Yaakub Bin Haji Ahmad
Sidang Haji Baginda Bin Jalil
Tuan Haji Alias Bin Haji Hassan
Ismail Bin Laham
Abd Majid Bin Awang

Sekianlah menurut catitan yang ditulis oleh Alahyarham Tuan Haji Yahya Bin Abdullah sebagai Setiausaha masjid yang mula mengadakan buku catitan minit mesyuarat masjid ketika itu hal-hal yang berlaku terdahulu dari tarikh ini tiada diperolehi.

JAWATAN SETIAUSAHA MASJID

1.Tuan Haji Yahya Bin Abdullah 7.1.25 hingga 25.2.40
2.Tuan Haji Tain Bin Haji Tahir 26.2.40 - 26.3.46
3.Tuan Haji Hamzah Bin Haji Ahmad 27.3.46 - 4.11.68
4.En. Mohd Said Omar 5.11.68 -

JAWATAN IMAM

Tuan Hj Mohd Said Mirsah (Tok Andak)
Tuan Hj Hasanuddin Hj Mohd Said (Kadi Jasin Pantai)
Tuan Hj Daud Hj Hasanuddin (Berhenti 31.10.25)
Tuan Hj Mohhammad Tannuddin (Mulai 5.9.26)
Tuan Hj Othman Hj Mohammad

JAWATAN BILAL

Ridin Datok Kasing
Abu Ridin
Mohd Taha Hasanuddin
Fadzil Hj Taha 7.10.27 - 1.12.27
Hj Hashim Haji Sharif 15.12.27 - 18.01.29
Hj Taib Nordin 19.1.29
Mahmud Hitam

JAWATAN KHATIB

1. Khatib Jamal
2. Tuan Hj Ahmad Khatib Jamal
3. Tuan Hj Mohammad Hj Ahmad 5.9.26
4. Tuan Hj Mohammad Tannuddin 17.7.25
5. Tuan Hj Ahmad Hj Mohd Ali 25.9.26 – 28.10.26
6. Tuan Hj Mohd Said Hj Ahmad
7. Tuan Hj Omar Hj Talib

JAWATAN PENGHULU KAMPUNG SERKAM

Marsah bin Isnin
Kaim bin Abas
Amar bin Mirsah
Dol bin Bidin
Kasim bin Dol
Baba bin Mohd Saad
Abu Bakar bin Mohd Amin
Hj Mohd Said bin Hj Sabudin
Saadun Lidin
Yusof bin Jalil
Nekmat bin Shawal
Mohammad bin Suratin

Dukacita pegawai pegawai yang telah berkhidmat dimasjid ini tiada dapat tarikh2nya yang lengkap kerana pihak masjid tiada menyimpan buku buku peringat yang berkenaan.

AHLI AHLI JAWATANKUASA TADBIR MASJID JAMEK SERKAM 1978-1979

Pengerusi - Tuan Hj Talib bin Mohd Sudi
Naib Penegrusi - Tuan Hj Hamzah bin Hj Ahmad
Setiausaha - Cikgu Mohd Said Omar
Pen.Setiausaha - Cikgu Ab Wahab Hj Hashim
Bendahari - Tuan Hj Harun Ngah

JAWATANKUASA DARI PEGAWAI2 MASJID

Tuan Imam - Tn Hj Othman Hj Mohammad
Tuan Bilal - Mahmud Hitam
Tuan Khatib - Hj Omar Hj Talib
Tuan Mungkim - Hj Ab Rahim Ahmad
Tuan Noja - Ab Hamid Mohd Said

JAWATANKUASA WAKIL MASJID DAN SURAU

MASJID : Tuan Hj Adam Mohd Nor
Tuan Hj Yaakob Ayob
Datuk Sidang Ab Rahim Mohd Yasin

SURAU UMRI : Tuan Hj Omar Hj Othman
Tuan Hj Ab Latif Hj Omar

SURAU HJ HASAN : Tuan Hj Dol bin Saadoman
En. Mohammad Mohd Nor

SURAU PEKAN : Tuan Hj Abu Hitam
Tuan Hj Abdul Sahimin

SURAU TIMOR :Tuan Hj Ab Ghani Tawil
En.Jaafar Hj Hashim

SURAU ANAK AIR :Cikgu Salleh Hj Mohd Ali
Cikgu Yusof Mohammad

PEMERIKSA KIRA2 :Cikgu Hasan Ibrahim
Cikgu Mohammad Hj Tain.

SEJARAH PEMBINAAN MASJID SERKAM DARAT


(Catatan dibuat oleh Allahyarham Tuan Hj Omar Hj Othman dengan gaya bahasa asal )

Al-Kisah tersebut pula orang orang Serkam Darat apabila penduduknya bertambah ramai, berpakatlah ketua2nya iaiatu Tuan Hj Othman Hj Mohammad, Tuan Hj Harun Hasan ,Tuan Hj Md Zain Bujal,Tuan Hj Rahmat bin Mat dan Tuan Hj Abas Hj Talib dan lain-lainnya memungut derma dari orang ramaidan dapat bantuan daripada Pejabat Agama Islam Melaka. Al Fadzil Tuan Mufti Hj Hasan Abu Bakar dan Yang DiPertua datang buat menentukan sempadan qariah antara Masjid Serkam dengan Masjid Serkam Darat. Pada 17hb Sep 1965, maka masjid Serkam Darat pun mulalah mendirikan Jumaat diatas sebuah surau ditepi sawah.




Sekarang mereka membina sebuah masjid yang elok daripada batu, bantuan kerajaan Negeri Melaka. Pemecahan qariah kedua masjid adalah persetujuan pihak berkuasa agama Islam negeri Melaka , Tuan Mufti Hj Hasan bersama datang membahagikan qariah masjid masing-masing untuk ahli jemaah sembahayang Jumaat, nikah kahwin, kematian dan sebagainya.

SEJARAH PERANG ROKAM

SEJARAH PERANG ROKAM

SEJARAH RINGKAS PERANG ROKAM YANG BERLAKU DI KAMPUNG SERKAM
PADA TAHUN 1887
(15hb Safar 1306H)
DIANTARA KERAJAAN INGGERIS DENGAN PENDUDUK KAMPUNG SERKAM

CATITAN DIBUAT OLEH
(Dalam gaya bahasa lama)

Allahyarham Tuan Hj Omar Hj Othman


Shahdan adalah orang Inggeris Pegawai Tuan J B(B.H) Alcom masa Dato Penghulu Dol bin Bidin .Tuan J.B Alcom ia hendak ubah cukai iaitu daripada cukai sepuluh satu iaitu seperti sepuluh butir kelapa dan sebutir cukainya dan sepuluh ekor ayam dan cuakinya seekor,bagitulah seterusnya hendak diubah kepada cukup tetap tiap tiap satu ekar tanah cukainya lima puluh sen,sama ada tanah yang berhasil atau tiada.

Bahawa daripada punca inilah disebabkan jadi Perang Rokam.Maka segala anak anak buah dalam kampung tidak taat hingga dinotis disaman tidak juga taat.Ada seorang namanya Lasim bin Endin apabila dibicarakan terus dipenjara (jel) enam bulan.Kemudian keluar,alhamdullilah, bagitulah beraninya anak-anak kampung menentang perkara tidak adil, kejadian ini ialah pada tahun masihi 1887.

Maka oleh JB Alcom datang dari Melaka membawa polis bangsa Bengali Kabul dengan senapang .Apabila dia nampak ada orang duduk ditepi tambak, lalu dibedilnya terkena pada Pak Mat Gemok dan lagi namanya Sharif kena, tetapi tidak makan peluru, kemudian terus pergi dekat Simpang Empat mencari Shamsuddin halnya ini semuanya ada tersebut didalam syair akan diberikan dibawah ini:

Bismillah itu mula dikarang
Syair sudah dibuat orang,
Sebab kampung jadi perang
Cukai lama telah terbuang

Alhamdullilah mula disurat
Syair sudah jadi melarat
Lamun hukumnya terlalu berat
Datang daripada kapir murtad

Hukumnya datang berdetap2
Orang mendengar banyak meratap
Tanda hukumnya sudah tetap
Bangsal dibuat tidak beratap

Kisah itu sudah dinazam
Kisah hari sudah malam
Jam bunyi dua malam
Senapang berbunyi berdegam degam.

Shamsuddin dengan Rokam datang
Ia lari lintang pukang
Kabul kejar dari belakang
Dipukul dengan punggung senapang

Bila Shamsuddin berasa sakit
Minta tolong lalu menjerit.
Datang pula orang bukit
Datang ramai bukannya sedikit.

Orang datang bunyi menderam
Warna bulan cahaya kelam
Orang2 tiada dipangkal gelam
Senapang berbunyi berdegam degam

Cina kelentong banyak rugi
Orang Melayu habis lari
Hutang kain baju banyaklah lagi
Minta tangguh lepas potong padi

Padi sawah makan tempua
Makan segala lotonng kera
Orang lari sara bara
Tak kira tua atau pun muda

Bagitulah bunyi syair ringkasan
Kisah Perang Rokam empunya kesan
Che besah baca dengan lisan
Ingat sungguh dalam perasaan.

Asal syair empunya karang
Ialah En Hasan nama seorang
Kisahnya dapat dihurai terang
Orang Serkam kononnya berperang,

Dengan perintah Tuan Rokam
Menetapkan cukai dimukim Serkam
Mulanya cukai hendak dicengkam
Orang Serkam membuat ragam.

Al-kisah apabila sudah ditetap cukai, banyak orang Serkam pindah ke Muar Perintah Johor ,dan Dato Andak mula2 ia duduk di Tanjung Gading. Apabila dapat khabar oleh Al-Marhum Sultan Abu Bakar, lalu ia berangkat dengan kapal kecilnya datang ke Muar berjumpalah dengan beliau serta mengajak ke Muar dan beliau setujulah diberinya sekeping tanah di Jalan Bakri serta diperbuatkan sebuah surau tempat beliau mengajar dan bermukim dan bermustautin disana. Apabila ramai anak2 cucunya sudah menapak disitu hingga dinamakan disitu Lorong Serkam hingga hari ini.

Maka dengan kehendak Allah Taala sampailah panggilan Allah berpindah dari dunia yang fana kealam yang baqa’ lalu dikubur diJalan Bakri dinamakan tanah kubur itu Saiediah kononnya ambil sempena Mohammad Said.


SEDUTAN SEBAHAGIAN CATITAN SEJARAH PERANG ROKAM YANG DIBUAT OLEH PENGKAJI SEJARAH YANG TELAH MEMENANGI PERADUAN MENGARANG SEJARAH ANJURAN PERSATUAN SEJARAH NEGERI MELAKA PADA TAHUN 1980

Terdapat banyak peristiwa bersejarah yang berlaku di Serkam disepanjang zaman . Diantara peristiwa yang menarik disepanjang abad yang ke 19 ialah gerakan anti cukai yang berlaku dalam tahun 1887. Peristiwa yang sedih walaupun telah hampir seratus tahun lamanya, tetapi ia masih subur menjadi kenangan hingga kehari ini.

Gerakan anti cukai ini juga lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai ‘Perang Rokam’. Perang Rokam ini sebenarnya diambil dari nama seorang pegawai Inggeris yang bertugas sebagai penetap sempadan (Demarcation Officer) di Melaka bernama J.B Alcolm .Oleh kerana beliaulah yang memainkan peranan sebagai punca perang ini, Melayu telah menyebut sebagai “Rokam” dan bukan Alcom.

Penentangan ini diketuai oleh seorang imam di kampung bernama Mohammad Said Bin Marsah atau lebih terkenal dengan nama Tok Andak. Punca berlaku Perang Rokam ini terdapat pertama dalam syair Perang Rokam yang telah menjadi tradisi lisan yang mewarisi oleh penduduk tempatan . Rangkap ini berbunyi:

Bismillah itu mula dikarang
Syair sudah dibuat orang
Sebab kampong jadi berperang
Cukai lama telah terbang.

Dari rangkap ini jelas menunjukkan bahawa berlaku pernag rokam ini berpunca dari soal cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan Inggeris kepada penduduk Melaka.

Sistem cukai asal di Melaka yang diwarisi oleh penduduk Melaka hingga ke zaman pemerintahan Inggeris adalah berasal dari Kerajaan Melayu Melaka. Sistem cukai traditional itu ialah sistem sepuluh satu (10 : 1) Mengikut sistem Melayu traditional ini, semua hasil tanaman atau ternakan yang diperolehi hendaklah diserahkan kepada kerajaan 1 unit dari tiap tiap sepuluh unit yang diperolehi. Contohnya bagi tiap-tiap sepuluh biji kelapa yang diturunkan , sebiji hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Bagitu juga bagi tiap tiap 10 gantang padi yang dituai, segantang hendaklah diserahkan kepada kerajaan melalui seorang wakil yang dilantik . Sistem ini telah diwarisi oleh pemerintah Portugis dan juga diamalkan zaman pemerintahan di Melaka.

Pada tahun 1795 Negeri Melaka telah diserahkan kepada Inggeris melalui ‘Surat Kew ’. Ini memberi peluang kepada Inggeris menguasi Melaka hingga tahun 1818. Pada tahun itu Pulau Pinang sedang berkembang dan Syarikat India Timor Inggeris yang diketuai William Farquehar telah bertindak menghapuskan kota Melaka dengan harapan supaya perdagangan Melaka berpindah ke Pulau Pinang.

Pada tahun 1818 Inggeris mengembalikan Melaka kepada Belanda. Mengikut perjanjian Inggeris-Belanda, Inggeris mendapati Melaka semula. Pada masa itu Melaka merupakan pelabuhan yang tidak produktif dan menghadapi masalah tanah yang amat besar. Kerajaan Inggeris telah menjalankan ikhtiar untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh pemerintah tempatan Melaka. Salah satu keputusan ng diambil ialah mencukai tanah yang ada di Melaka bagi memudahkan mereka memungut hasil cukai. Mereka tidak bersetuju sistem cukai 10:1 kerana mengikut pandangan mereka sistem ini tidak ekonomik , mewujudkan penyelewengan dan melahirkan rasuah. Penipuan boleh berlaku oleh pemungut hasil yang ditugaskan – berlaku tidak jujur terhadap pemerintah..

Di Serkam orang yang ditugaskan untuk memungut hasil di kampung tersebut ialah Jamal atau Mata-mata Jamal. Tugas Jamal meronda seluruh kampung untuk mengetahui samaada ada diantara penduduk dikampung itu yang telah menurunkan kelapa, menuai padi, memungut buah-buahan, menternak binantang. Beliau akan mengenakan pungutan seperti yang telah ditetapkan.Semua hasil yang dipungut dikumpulkan disebuah tempat pengumpulan letaknya dipekan Umbai. Dari Umbai ianya diangkut kebandar Melaka dengan mengunakan kereta lembu.

Bagi Inggeris, adalah lebih baik dikenakan cukai tetap dan dibayar dalam bentuk wang. Dengan ini setelah tanah disukat oleh JB Alcolm pegawai Penetap Sempadan, cukai tetap mula dikenakan. Cukai yang ditetapkan itu ialah 50 sen seekar purata sama ada tanah itu berhasil atau tidak.

Ketua ketua kampong diseluruh negeri Melaka telah dipanggil ke pejabat pentadbiran British Melaka oleh ResidenT Commisioner Melaka bagi menerangkan tentang sistem cukai yang baru. Ketua-ketua kampung kemudiannya dikehendaki menjelaskan tentang cukai kepada anak buahnya masing-masing. Ketua kampung pada waktu itu ialah Dato’Penghulu Dol bin Bidin. Dato’ Penghulu Dol telah mengumumkan tentang cukai tersebut di masjid Serkam selepas sembahyang Jumaat. Mengikut beliau, pemerintah Inggeris bertujuan untuk menyelaraskan segala cukai-cukai dengan mengenakan bayaran tunai 50 sen seekar bagi semua tanah tanah di Melaka.Dengan lain perkataan sistem pungutan cukai 10:1 yang diwarisi sejak zaman berzaman dimansuhkan.

Penduduk Serkam telah mendengar penerangan penghulu dengan rasa gelisah. Tuan Imam Masjid Serkam iaitu Imam Mohammad Said bin Marsah atau lebih terkenal dengan nama Tok Andak merasakan perubahan sistem itu satu pukulan yang hebat kepada orang Melayu. Beliau telah bangun memprotes dan diikuti oleh pengikut-pengikutnya menentang sistem pungutan yang baharu diberitahu itu.

Dato’ Penghulu telah dikecam oleh orang kampung kerana tidak membantah semasa penerangan diberikan kepadanya sebelum itu. Beliau juga telah diejek dan disifatkan sebagai tali barut British. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa selain dari melaporkan “Peristiwa Jumaat” itu ke Melaka.

Penduduk penduduk Serkam dibawah pimpinan Tok Andak sebulat suara menentang sistem cukai tetap yang dikenakan oleh Inggeris itu. Tok Andak memberitahu Tok Penghulu Dol orang Serkam tidak akan membayar apa apa, sekali pun menghadapi apa apa kemungkinan yang datang. Mereka menyeru akan menentang orang Inggeris walaupun nyawa mereka terancam. Mereka menganggap bahawa penentangan itu satu perang agama.

Keesokan harinya Dato’ Penghulu Dol berangkat ke Melaka dengan kereta kudanya untuk menemui J.B Alcolm – segala protes penduduk Serkam telah disampaikan nya kepada pegawai itu. Tuan Alcolm bagitu terperanjat kerana beliau tidak menduga perkara seperti itu berlaku. Orang-orang Melayu yang selama ini bersifat ‘pasif’ rupa-rupanya telah mempunyai semangat menentang. Beliau ingin mengetahui setakat mana kebolehan orang Melayu menentang Inggeris. Dato’ Penghulu Dol telah meminta Tok Andak menemui Tuan Alcolm. Sebaliknya beliau telah mengumpulkan orang-orang Serkam di masjid bagi membincangkan tentang kemungkinan2 yang akan dilakukan oleh Inggeris terhadap mereka. Mereka membincangkan strategi perjuangan mereka jika sekiranya Inggeris datang menyerang, masjid Serkam dijadikan sebagai markas mereka .

Inggeris tidak berjaya mengadakan perundingan dengan Tok Andak. Mereka tiada jalan lain selain dari mengancam orang Serkam dengan menggunakan senjata. Satu tindakan segera telah diadakan dengan menghantar seramai 24 orang askar Benggali dengan senapang lantaknya. Mereka datang dengan menaiki kereta kuda.

Tok Andak dan pengikut pengikutnya telah menguatkan pertahanan mereka di kampung itu. Ketua ketua telah dilantik untuk mempertahankan kampung Serkam dari dicerobohi oleh Inggeris. Diantara mereka yang telah dipilih ialah Tok Shamsuddin, Mata-mata Jamal dan Hj Ahmad Gemok. Ketiga-tiganya merupakan pendekar-pendekar yang menjadi orang kanan Tok Andak. Adalah dipercayai mereka mempunyai ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan yang tinggi darjatnya.

Tiap-tiap hari askar Sikh dipimpin oleh seorang pegawai Inggeris datang ke Serkam lalu melepaskan tembakan. Tujuannya ialah menakut2kan orang Serkam. Mereka kemudian balik ke Melaka pada sebelah petangnya. Mereka , disamping itu, berusaha upaya untuk menangkap Tok Andak dan pimpinan yang lain.

Pada hari ketiga Tok Andak telah membuat satu strategi baru dengan menempatkan beberapa orang pengikutnya disebelah barat kampung Serkam berhampiran dengan Sungai Lobok Buaya . Hj Ahmad Gemok telah ditugaskan untuk memimpin kumpulan tersebut. Sejak dari subuh lagi mereka telah berkumpul didalam hutan gelam dikiri kanan lorong. Mereka hanya menggunakan senjata tradisional seperti keris, tombak,pedang dan lembing.

Lebih kurang pukul 7.30 pagi kereta kuda sampai ke tempat mereka bersembunyi. Sebaik sahaja mereka menerima isyarat dari Hj Ahmad, mereka telah menyerang kereta kuda itu. Askar Sikh serta merta melepaskan tembakan ke arah mereka. Salah satu dari tembakan itu mengenai kaki Hj Ahmad. Melihatkan demikian Hj Ahmad telah diundurkan dan pertempuran pun reda. Senjata traditional Melayu tidak dapat menandingi senapang-senapang Inggeris.

Berita tertembaknya Hj Ahmad telah disampaikan kepada Tok Andak yang bertahan disebelah baruh berhampiran dengan masjid. Tok Andak telah menerima berita itu dengan sedihnya. Askar -askar upahan, askar Sikh terus menyerbu kebeberapa bahagian kampung tersebut. Tok Andak tidak dapat berbuat apa-apa lalu berundur ke paya bakau disebelah laut. Askar Inggeris tidak berhenti melepaskan tembakan hingga ke petang. Namun demikian rancangan menangkap Tok Andak gagal juga. Mereka kemudiannya berundur ke Melaka .

Kisah penentangan hebat itu telah disampaikan kepada pihak pentadbir di Melaka. Bagi mereka tidak ada jalan lain lagi selain dari menangkap’pemberontak pemberontak’ itu . Mereka merasa penentangan dapat ditamatkan jika pemimpin pemimpin ‘pemberontak’ itu ditangkap Mereka telah menjalankan satu operasi untuk menyerbu kampung Serkam pada waktu malam . Mereka telah sampai pada jam kira-kira satu malam dan terus menuju ke rumah Tok Shamsuddin (seperti syair yang ditulis oleh Tuan Hj Omar Hj Othman).

Berlaku pergelutan diantara orang-orang Sikh dan orang kampung. Pergelutan telah berlaku didalam gelap . Bukan sahaja diperjuangkan oleh orang orang laki-laki bahkan orang pun turut campur tangan menentang Inggeris .

Tidak diketahui berapa ramai diantara askar Sikh dan orang orang kampung yang cedera. Tok Shamsuddin telah ditangkap oleh askar Sikh. Tuan Alcolm telah memerintahkan supaya menembak sesiapa sahaja yang cuba hampir dengan Tok Shamsuddin yang telah diikat. Berita penangkapan Tok Shamsuddin telah disampaikan kepada Tok Andak kemudiannya.

Didalam operasi itu, mata mata Jamal, Tik Sharif dan Hj Manaf juga turut tertangkap dan dibawa keMelaka dengan kereta kuda. Tidaklah diketahui apakah yang berlaku kepada mereka.

Tok Andak telah kehilangan kesemua orang kanannya. Beliau rasa seolah2 tidak dapat lagi meneruskan perjuangan. Pada malam esoknya beliau telah mengadakan perbincangan di masjid Serkam bagi membincangkan soal Kampung Serkam. Beliau rasa Tuan Alcolm pasti akan datang semula untuk menangkap beliau. Walaubagaimana pun penduduk Serkam telah kehilangan semangat perjuangan .

Askar-askar Sikh telah datang setiap hari ke Kampung Serkam sambil melepaskan tembakan beberapa das ke udara. Inggeris juga menyeru Tok Andak supaya menyerah diri. Tok Andak terpaksa bersembunyi dan telah menjadi orang buruan Inggeris setiap hari.

Melihatkan usaha untuk memaksa Tok Andak menyerah diri tidak berjaya, mereka telah menjalankan taktik diplomasi. Beberapa orang wakil Inggeris telah dihantar ke Serkam untuk memujuk orang Serkam meninggalkan perjuangan mereka yang dianggap sis-sia itu. Mereka juga telah memberitahu penduduk Serkam yang penempatan cukai bukan untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya menggunakan wang untuk penggunaan pembangunan kampung dan negeri.

Orang-orang suruhan Inggeris ini datang memujuk dan akhirnya dapat mempengaruhi beberapa orang pengikut Tok Andak. Akibat dari tindakan diplomasi ini orang-orang Melayu di Serkam telah berpecah. Ada yang menyokong Inggeris dan ada yang pro Tok Andak. Tok Andak rasa adalah lebih baik beliau meninggalkan kampung Serkam dari menjadi orang buruan Inggeris.

Pada penghujung tahun 1887 Tok Andak telah bertindak meninggalkan Kampung Serkam. Tujuannya ialah untuk mengagalkan cita-cita Inggeris untuk memungut cukai di Serkam. Mengikut beliau jika tiada penduduk sudah tentu Inggeris tidak akan memungut cukai di tempat itu. Protes cara bagini pernah dilakukan orang Melayu dalam zaman kekuasaan pembesar Melayu. Penduduk di kawasan Alor Gajah juga meninggalkan kampung halaman mereka secara beramai-ramai di Bukit Senggih setelah Inggeris mengenakan cukai tetap ini.

Tok Andak mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Kesang. Baginya adalah lebih baik tinggal di daerah dibawah naungan raja Melayu. Sementara itu kisah penentangan orang Melayu Serkam terhadap sistem cukai telah sampai ke pengetahuan Sultan Abu Bakar Johor. Dalam lawatannya keTanjung Gading, baginda Sultan mengutuskan seorang wakil untuk menemui Tok Andak disitu.

Dalam pertemuannya dengan Sultan, beliau telah dianugerahkan sebidang kawasan di Muar . Beliau dengan pengikut-pengikutnyatelah berhijrah ke kawasan tersebut. Kawasan itu dibangunkan dan sebuah surau didirikan. Disitulah Tok Andak meneruskan usahanya mengajar agama kepada pengikut-pengikutnya . Beliau hendak menjadikan tempat itu seperti Kampung Serkam yang aman. Kampung Serkam yang ditinggalkan pada suatu ketika adalah aman, penuh denganhasil tanaman tetap menjadi kenangan.Tok Andak mahu kembalikan keamanan Kampung Serkam itu kepada kampung barunya. Kampung baru itu dinamakan Kampung Serkam,dan lorong yangmenghala ke kampung itu dinamakan Lorong Serkam.

Setelah mengetahui Tok Andak telah membuka Kampung Serkam yang baru dibawah naungan raja Melayu, maka ramailah orang-orang Serkam telah turut berhijrah dari Kampung Serkam Melaka ke Kampung Serkam Muar, Johor.

Kampung Serkam di Melaka, makin hari makin hari lengang , sebaliknya Kampung Serkam Muar bertambah maju .Akhirnya Tok Andak meninggal dunia dan dimakamkan diJalan Bakri Muar. Tanah perkuburan itu kemudiannya dinamakan ‘SAIDIAH’.

Demikianlah peristiwa gerakan anti cukai di Serkam atau lebih dikenali dengan nama perang Rokam yang berlaku dalam zaman pemerintahan Inggeris di Melaka pada tahun 1887. Walaupun peristiwa ini dikatakan sebagai perang, tetapi bukan dalam ertikata sebenarnya. Walaupun orang-orang Melayu talah tewas kerana kekurangan senjata tetapi pada hakikatnya dari segi semangat orang Melayu telah berjaya.

Sangkaan orang Inggeris yang orang Melayu bersifat pasif adalah salah. Tok Andak lebih rela meninggalkan kampung halamannya dari menjadi alat Inggeris. Beliau percaya jika semua orang Serkam berpindak meninggalkan kampung mereka, sudah pasti rancangan pengutipan cukai Inggeris itu gagal.

Peristiwa Perang Rokam atau gerakan anti cukai telah hampir seratus tahun, tetapi peristiwa itu masih subur dalam ingatan dikalangan penduduk-penduduk Kampung Serkam khasnya . Tambahan pula peristiwa itu telah disemadikan didalam sebuah syair yang didendangkan dari masa ke semasa.

Isnin, 28 Mei 2007

Ilmu hilang jika manusia tidak beramal

(Tafsir Surah al-Maidah ayat 66) Jika mereka beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah nescaya Dia menjamin rezeki mereka dengan menurunkan hujan, hasil bumi yang berkat kepada mereka sebagai kurniaan Allah, sebagaimana firman-Nya kepada orang-orang yang beriman yang bermaksud: "Kalaulah penduduk negeri itu beriman dan bertakwa nescaya Kami bukakan kepada mereka keberkatan yang datang dari langit dan bumi." (Surah al-Anfal: 96)

Allah Taala beri keberkatan kepada mereka. Bagaimanapun ada perbezaan antara berkat dan kekayaan. Ada negeri yang kaya raya tetapi tidak ada keberkatan dalam pentadbiran kerajaannya.

Negeri itu kaya tetapi susah dengan banyaknya maksiat dan sebagainya dengan sebab kekayaan yang diperolehi.

Ini menandakan tidak adanya keberkataan dalam kekayaan yang diperolehi itu akibat penyalahgunaan kekayaan untuk tujuan yang bercanggah dengan ajaran Allah SWT.

Sementara perkataan berkat hanya ada dalam Islam sahaja. Dalam ilmu ekonomi Barat tidak ada perkataan berkat. Begitu juga semua sistem atau teori Barat termasuk kapitalisme, liberalisme, nasionalisme, sosialisme, komunisme, dan sebagainya tidak ada persoalan yang berkaitan dengan keberkatan. Apa yang ada ialah persoalan kekayaan, kesenangan dan kemajuan.

Berkat bermakna sekiranya kita kaya, kita menjadi baik dengan kekayaan yang diperolehi. Rezeki yang sedikit membawa kebaikan yang banyak.

Berkat yang dikurniakan oleh Allah apabila seseorang itu beriman dan bertakwa. Ini perkara yang dijanjikan oleh Allah.

Tetapi Allah Taala nyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Telah zahir keburukan di darat dan di laut hasil dari kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka kerjakan mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah." (Suratur Rum: 41)

Senang pada zahirnya tetapi susah pada hakikatnya. Antara lain ialah duit banyak tetapi tidak tahu bagaimanakah cara menggunakannya.

Wang yang digunakan untuk membuat sesuatu, tidak memberi faedah dan tidak mendatangkan pahala serta kebaikan daripada Allah SWT.

Ini adalah janji dari Allah untuk mengurniakan rezeki kepada orang Yahudi. Wahai orang Yahudi, wahai ahlil kitab, masuk Islamlah kamu. Kamu tegakkan Taurat dan Injil, nescaya kamu selamat.

Ramai di kalangan pendita-pendita Yahudi takut masuk Islam. Mereka menyangka Jika masuk Islam mereka akan bertukar perwatakan, yang menjadi pemimpin tidak lagi menjadi pemimpin, dan yang kaya menjadi miskin.

Mereka nampak dunia semata-mata tetapi mereka tidak nampak apakah kebaikan yang akan diperolehi di hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada orang yang beriman dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hatim bahawa suatu hari Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud; "Hampirlah ilmu itu dihilangkan oleh Allah."

Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa makna menghilangkan ilmu itu ialah dimatikan ahli-ahli ilmu (para ulama). Sementara orang Islam tidak beramal dengan ilmu.

Akibat itu ilmu menjadi hilang dan ilmu yang paling pertama hilang ialah ilmu pembahagian harta pesaka yang menjadikan tanda hampirnya kiamat, sehingga tidak ada seorang pun yang mengetahui cara pembahagian harta pusaka mengikut hukum Islam.

Ada perancangan di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan sistem pembahagian pusaka menurut Islam kerana mendakwa kononnya Islam tidak berlaku adil terhadap lelaki dan perempuan dalam pembahagian pusaka.

Akhirnya perancangan itu akan berjaya sekiranya orang Islam tidak mempertahankan hukum Islam. Bila para ulama membisu seribu bahasa, tidak berani menegakkan yang hak, akhirnya Allah Taala menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama.

Apabila Nabi s.a.w. mengatakan hampirlah diangkat ilmu, lalu seorang sahabat yang bernama Ziad bin Labit berkata, "wahai Rasulullah, bagaimana diangkatkan ilmu pada hal kami membaca al-Quran dan kami mengajarkannya kepada anak-anak kami."

Dalam satu riwayat yang lain, "kami ajar kepada anak-anak kami, anak-anak kami pula mengajar kepada cucu-cucu kami, cucu-cucu kami mengajar kepada cicit-cicit kami, mana boleh diangkatkan ilmu."

Nabi menjawab dengan sabdanya yang bermaksud; "Apakah engkau ni wahai Ibnu Labit, sesungguhnya aku berpendapat engkaulah orang yang paling faham di kalangan penduduk Madinah. Tetapi di dalam perkara ini kamu tidak memahaminya."

"Tidakkah, Taurat dan Injil berada di tangan orang-orang Yahudi dan Nasara? Taurat dan Injil tidak boleh berbuat apa-apa kepada mereka itu kerana mereka meninggalkan perintah Allah. Allah berfirman yang bemaksud; "kalaulah sekiranya mereka itu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhan mereka (al-Quran) nescaya mereka itu boleh makan rezeki dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di kalangan mereka itu ada golongan yang sederhana dan kebanyakan mereka itu alangkah buruknya apa yang mereka lakukan." (Surah al-Maidah:66)

Ahad, 13 Mei 2007

UMRI Mengorak Langkah

Sekarang Surau Umri kian menerima pertambahan ahli jemaah bukan sahaja yang berdekatan bahkan juga dari kampung kampung yang berhampiran .Ia merupakan surau yang amat aktif dan makmur kerana ianya mampu menyediakan berbagai-bagai aktiviti untuk masyarakat walaupun dengan prasarana dan kemudahan asas yang sedia ada yang agak daif yang memerlukan perhatian dari segi pembangunan fizikalnya (physical wellbeing) .

Selain daripada program kuliah Maghrib dan Suboh UMRI juga mengadakan program-program seperti Usrah, Ceramah Umum, Berzanji, Pangajian Al-Quran /Fardu Ain untuk kaum ibu ,remaja dan kanak-kanak,khidmat masyarakat majlis perkahwinann dan sebagainya. Umri kini dipimpin oleh Tuan Hj Mohd Said Omar (Pak Sheikh) selaku Pengerusi nya. AJK UMRI yang baru dilantik bagi sessi 2005/07 ialah :

Pengerusi : Tuan Hj Mohd Said Omar
Pen. Pengerusi : Tuan Hj Abdullah Hj Ab Kadir
Setiausaha : En.Muhammad Husaini
Pen. Setiausaha : Tn Hj Ab Hamid Hj Salleh
Bendahari : En.Mohammad Hassan
AJK : Tn Hj Ab Latif Hassan
Tn. Hj Ab Latif Hj Daud
Tn Hj Abdullah Mat
Tn Hj Ismail Hj Ab Latif
Tn Hj Ab Rahman Hj Omar
Tn Hj Othman Salleh
En.Ab Samad Hj Ab Aziz


Pemeriksa kira-kira : En.Md Nor Salleh
En.Daud Sulaiman

Imam : En.Salleh Mohammad
Tn Hj Abdullah Hj Ab Kadir

Bilal : Tn Hj Ab Latif Hj Daud

UMRI berhasrat untuk berkembang lebih luas lagi dan membangun dari segi penampilannya.Selaras dengan perkembangan ICT masakini dan era globalisasi dunia tanpa sempadan yang selalu diperkatakan, pihak Sekretariat UMRI bercadang untuk membina laman webnya sendiri tujuannya bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat tentang sejarah UMRI dan perjuangan pendukung pendukungnya dalam mendidik anak-anak watan ke arah untuk menjadi anak yang soleh serta berakhlak tinggi yang berjaya di dunia dan akhirat ,ia juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat semasa mengenai perkembangan UMRI khasnya dan Kampung Serkam amnya kepada semua warga SERKAM tidak kira di mana jua mereka berada di bumi Allah ini.

Bagi memenuhi aspirasi ini, pihak sekretariat UMRI dengan ini ingin mengambil kesempatan merayu semua muslimin muslimat khusnya anak anak watan Kampung Serkam terutamanya yang menjadi anak didik UMRI agar tampil untuk menghulurkan sedikit sumbangan tetap atau berkala melalui saluran rangkaian perbankan on-line web ini didalam akaun semasa Maybank UMRI nombor akaun : 104058047579 atau melalui kiriman wang atau cek diatas nama Lembaga Surau Umri. Semoga dengan sumbangan berterusan dari tuan/puan itu pihak sekretariat UMRI insyaAllah akan terus dari masa ke semasa berusaha untuk mencapai hasrat dan cita-citanya bagi menaikkan imej UMRI untuk menjadikan nya sebagai sebuah intitusi pendidikan dan pusat khidmat kebajikan masyarakat kampung yang unggul dan cemerlang dimasa masa yang akan datang. .

Akhirnya, didoakan agar UMRI terus maju dan mencatat sejarah peradabannya di setiap senubari anak watan Serkam masa kini dan yang mendatang agar ianya sentiasa diingati sebagai stu gagasan dan warisan terunggul di Nusantara ini. InsyaAllah.

CATATAN: Kami memohon kemaafan sekiranya terdapat fakta sejarah yang dicatat di atas itu ada yang tidak betul atau tidak tepat atau perlu ditambah atau dibuang. Kami mengharapkan kerjasama tuan/puan agar dapat memberikan maklumat tersebut kepada Sekretariat Sejarah UMRI di talian 019-6085598 /06-2617692 untuk dikemaskinikan dilaman webnya. Terima kasih.

Tokoh Guru Kebangsaan


Tuan Guru Hj. Omar Bin Hj. Othman sewaktu menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan bersama Tan Sri Musa Hitam.

UMRI 1970 an


Akhirnya dalam tahun 70an , sekali lagi UMRI berubah wajah seperti yang dilihat pada masa ini .Walaubagaimana pun Sekolah Agama Umri selepas itu telah dipindahkan ke tapak bangunan yang lain lebih kurang 100 meter dari kawsan asalnya ,dan ianya juga telah diambil alih oleh pihak kerajaan Negeri Melaka di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dengan ditukar nama nya kepada Sekolah Agama Serkam Tengah. Kini bangunan sekolah lama itu hanya digunakan sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) .

Pengajian Luar Kelas


Pada awal tahun 60an UMRI telah berkembang dengan lebih pesat lagi. Keluasan surau yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pelajar . Pihak surau yang di pegerusikan oleh seorang guru iatu Tn Hj Talib Md Sudi bersama sama ahli jawatankuasanya termasuk Tuan Hj Taib Hj Ahmad telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan tambahan untuk dijadikan sebuah sekolah bagi menampung kemasukan pelajar yang kian bertambah. Tuan Hj Taib telah memohon hampir seluruh kampung untuk mendapatkan dana dan juga bantuan seperti kayu dan lain-lain. Alhamdullilah, rayuan beliau telah mendapat sambutan orang-orang kampung. Melalui Dato Pengulu Yusof, Tok Sidang Mat Chion beliau mendapat banyak sumbangan kayu termasuk juga dari Cina Achai.

Sekitar tahun 1964 , maka terdirilah sebuah bangunan baru berdindingkan papan berlapis dan jejaring kawat di sebelah surau UMRI ini yang boleh menampung hampir 150 orang murid pada waktu itu yang dinamakan SEKOLAH AGAMA UMRI . Namun sebelum murid murid dapat belajar di bangunan itu,sementara ianya dalam proses pembinaan, ramai murid terpaksa belajar di luar surau secara ‘open air’ di tanah lapang seperti yang dapat dilihat didalam gambar. Bersebelahan dengan sekolah itu terdapat sebuah kedai perkakasan (hardware) dan kedai kayu binaan rumah kepunyaan Tuan Hj Jalil Hj Omar (Pak Jalil) dan Tn Hj Taib Ahmad diatas nama Syarikat Taib Jalil yang lokasinya sekarang ini ialah di atas jalanraya yang ada sekarang.Bangunan Sekolah Agama UMRI ini juga telah didirikan di atas tapak tanah yang diwakaf kan oleh anak kepada Allahyarham Tn Hj Omar iaitu Hjh Kalsum.

SEKILAS 2


Setelah siap dibina , surau tersebut diberi nama MADRASAH AL UMRI iaitu mengambil sempena nama tuanpunya tanah Tuan Hj Omar.Bangunan asal itu mampu menampung jemaah muslimin muslimat seramai antara 100 dan 150 orang jemaah.

UMRI telah didirikan kerana masyarakat di sekitar kawasan tersebut pada masa itu merasakan amat perlu didirikan sebuah surau untuk ahli qariah ber solat berjemaah dan tempat untuk belajar agama. Sebelum itu mereka menghadapi kesulitan untuk mendirikan solat waktu secara jemaah kerana ketiadaan surau. Kebanyakan penduduk pergi untuk solat waktu berjemaah di Surau Hj Hassan yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumah mereka dan untuk bersolat Jumaat di Masjid Kampung Serkam yang letaknya 500 meter juga. Surau Hj Hassan telah di dirikan pada tahun 1867M oleh ulama’ terkenal Tuan Guru Hj Hassan atau dikenali sebagai Hj Hassan Alim.

Terdapat beberapa buah rumah dan bangunan di sekeliling surau Umri ; diantaranya ialah rumah Tuan Hj Omar , Tn Hj Md Nor Fakeh, Pak Itam dan kedai runcit kepunyaan Syarikat Hj Ab Majid and Company cawangan 1 yang terletak di tapak rumah Hjh Kalsom Hj Omar/Allahyarham Cikgu Hj Omar Hj Majid yang ada sekarang.

Di awal tahun tiga puluhan UMRI telah berkembang dengan lebih pesat lagi dan dibangunkan sebagai suatu institusi pengajian agama Islam dan pusat pendidikan yang agak lebih kemas dan teratur di bawah pimpinan Tn Hj Omar Hj Othman (Tok Alang). Dengan kembalinya Tuan Hj Said Hj Ahmad (Tok ‘Aid) ke tanah air dari pengajian beliau di Makkah sekitar tahun 30an itu, tugas mengajar di UMRI telah juga dijalankan oleh Tuan Hj Said bersama Tuan Hj Omar. Akhirnya beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Surau UMRI yang pertama oleh Tuan Hj Omar dengan beberapa orang ahli jawatankuasa termasuk Tok Itam selaku Bendahari surau.

Antara pelajar terawal yang belajar di Surau Umri ialah Tn Hj Taib Hj Ahmad,allahyarham Tn Hj Salleh Baba (Salleh Naning) allahyarhamTn Hj Salleh Ahmad,Tn Hj Harun dan Hj Salleh Ngah dan ramai lagi yang kebanyakannya telah kembali ke rahmatullah.Mungkin hampir keseluruhan anak-anak kampung Serkam Tengah dan Barat yang sekarang ini berumur 40 tahun ke atas yang kini ramai merantau di negeri orang telah mendapat pelajaran dan didikan Islam awal melalui Allahyarham Tn Hj Omar dan Allahyarham Tuan Hj Said . Mereka adalah anakdidik UMRI ! .

Sistem pengajian awal di UMRI itu dijalankan dengan cara guru membaca kitab fardu ain yang dinamakan Kitab Perukunan. Dizaman itu pengajian seperti ini dinamakan sebagai ‘Baca Rukun’. Selain dari pelajaran Fardu Ain itu , yang terpenting sekali ialah pelajaran pengajian Al-Quran dan Tajwid serta berlagu.Disamping itu diadakan juga pembelajaran berzanji, bernazam ,berqasidah dan sebagainya.Pengajian untuk kanak-kanak dan dewasa diadakan di surau dan untuk kaum ibu ianya diadakan di rumah Tuan Hj Omar itu sendiri.

SEKILAS SEJARAH

SEJARAH SURAU UMRI
( DARI ABAD KE 19)

Tersebut alkisah satu cerita
Kampung Serkam terukai namanya
Sirahnya banyak tiada terkira
Penduduknya hidup aman bahagia

Beduk dipalu gegak gempita
Azan dan qamat laungan bergema
Imam dan makmum sudah sedia
Di surau Umri solat bersama.

Kampung Serkam suatu nama yang sinonim dengan masyarakat yang kuat beribadat . Kampung ini dibahagikan kepada beberapa bahagian; Serkam Timor,Serkam Darat,Serkam Pantai,Serkam Tenag dan Serkam Baruh. Di Kampung Serkam Tengah yang jaraknya 18km dari bandar Melaka ,lebih kurang 25 km dari bandar Muar dan lebih kurang 500 meter dari persisiran pantai Selat Melaka terletaknya surau UMRI.
Surau ini dibina di atas suatu kawasan tanah berkeluasan lebih kurang 1,600 kaki persegi yang di wakafkan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Omar Hj Othman (Tok Alang) atas nama pemegang amanahnya iaitu Tuan Guru Hj Mohd Said Hj Ahmad (Tok ‘Aid). Tanah wakaf tersebut telah di’sukat’ (istilah lama) atau diukur oleh seorang yang benama ‘Chalus’. Ianya dibina pada sekitar tahun antara 1926 dan 1927 secara gotong royong oleh orang orang kampung .
Adalah dipercayai ianya siap dibina keseluruhannya pada tahun akhir 20’an yang diperbuat dari kayu dan beratapkan nipah.Struktur asas bangunan itu ialah di bahagian ruang solat yang ada sekarang sahaja.

Muqaddimah 1427


Assalamualaikum wm wbt

Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam kepada baginda Rasullah s.a.w.ahli keluarga baginda,para sahabat keseluruhannya.

Saudara saudari yang budiman

Pertamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t Pemerintah seluruh alam kerana diberikan kita kesempatan untuk meneruskan penghidupan didunia yang sementara ini sebelum kita dikembalikan bertemu denganNya di akhiratnya nanti .Dan bersama samalah juga kita menghayati penghidupan ini sebaik mungkin dengan kita mengabdikan diri sebanyak dan sebaik-baiknya kepadaNya sebagai bekalan hidup kita di akhirat yang kekal abadi itu, dan dimasukkan kita kedalam syurgaNya kekal selama-lamanya,insyaAllah.

Laman web UMRI yang tuan puan layari ini adalah mengandungi beberapa maklumat mengenai UMRI. Fokus diberikan kepada sejarah wujudnya Surau dan Madrasah Al-Umri ini yang terletak di Kampung Serkam, Merlimau Melaka dan juga perkembangan semasa mengenainya untuk memberi sedikit maklumat dan pengetahuan tentang sejarah betapa gigihnya usaha seorang guru agama yang bernama Allahyarham Tn Hj Omar bin Hj Othman yang telah mengorbankan harta,tenaga dan masa beliau untuk mendirikan sebuah surau dan madrasah serta mengarang beberapa buah buku panduan agama Islam semata mata untuk menyampai ilmu pengetahuan agama Islam kepada anak anak buah beliau dikampung tersebut.Beliau dilahirkan pada 24hb Jun 1893 dari keluarga yang berpendidikan agama dimana ayahnda Allahyarham Tn Hj Omar Hj Othman adalah juga merupakan seorang guru agama.

Atas kegigihan Allahyarham Tn Hj Omar ini sebagai pendidik,beliau telah dianugerahkan sebagai tokoh guru atau GURU MISTHALI pada 15hb Mei 1980 oleh kerajaan Malaysia.Beliau telah menjadi pendidik kepada beribu orang anak watan Kampung Serkam dari semenjak tahun 30’an hinggalah ketahun 1970an. Beliau kembali kerahmatullah pada 21hb Dis 1980 meninggalkan 8 orang anak dan balu Hjh Zaharah Bachik.

UMRI sebagai inspirasi kepada semua umat Islam khususnya anak anak watan Kampung Serkam . Ia meninggalkan ribuan peristiwa nostalgia di kalangan anak anak didiknya dari zaman kezaman.



Didalam web UMRI juga dimuatkan kisah bagaimana penemuan dan kewujudan Kampung Serkam oleh ulama’ silam dari Palembang dan urutan sejarah penghidupan sosial dan kebudayaan masyarakat Islam Melayu setempat di zaman lampau dan kini,sejarah pembinaan masjid Serkam sebagai tunggak syiar Islam diabad ke 18,dan diabad yang sama dipaparkan juga kisah perjuangan orang orang Serkam menentang kerjaan British di Melaka di atas isu cukai tanah yang dicatatkan sebagai Sejarah Perang Rokam.Juga dimuatkan serba sedikit tentang sejarah pembinaan sekolah Melayu Kampung Serkam yang sekarang ini di namakan Sekolah Kebangsaan Serkam.

Semoga Allah merahmati roh mereka mereka yang telah berjuang serta berkorban dijalanNya bagi menegakkan Islam dibumi Allah di Kampung Serkam ini , khususnya kepada mereka yang juga telah berkorban untuk UMRI sebagai salah satu pusat penyibar syiar Islam dirantau ini. Amin.
SALAM UKHWAH